Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

15 March 2014

MH370 - Antara Nyata dan Andaian






By RAHIMAH KAYL


MH370 - ANTARA NYATA DAN ANDAIAN ……

Saban hari, pelbagai kenyataan rasmi dan tidak rasmi dikeluarkan ….
Spekulasi disampaikan tanpa berfikir ….
Penyiasat-penyiasat persendirian muncul bak cendawan ….
Tuduhan dan tomahan dilemparkan ….
Semua warga dunia memberikan pendapat masing-masing ….
Semua pakar dan bijak pandai mengeluarkan teori-teori sains ….
Semua radar canggih ciptaan manusia gagal ….
Semua pesawat canggih berlegar, mencari tanpa panduan ….
Semua kapal canggih berlayar berpusing-pusing ….
Semua para saintis terkedu, ibarat hilang akal ….
Terlalu ramai orang berbicara tanpa hala tuju ….

Namun …… kesedihan, keperitan, kerisauan, waris dan ahli keluarga juruterbang, anak kapal dan penumpang …. Siapa yang hiraukan???

Ibubapa, Suami, Isteri, Anak2 dan Ahli keluarga mereka siapa yang ziarah dan berikan sokongan???

Jika anda tidak memberikan sokongan kepada usaha pencarian sekalipun, janganlah mengeluarkan kenyataan yang merobEk hati dan menambah keperitan yang sedang dialami Ibubapa, Suami, Isteri, Anak2 serta Ahli keluarga orang yang berada di dalam Pesawat MH370.

Adakah semua Manusia didunia ini sudah lupa bahawa Tuhan Maha Besar itulah satu-satunya harapan???


No comments: