Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

15 April 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR - Adakah Semua Orang Mahir Berfikir?







Oleh FAUDZIL HARUN


Kali ini, saya hanya mahu mengupas sedikit berkaitan kemahiran berfikir.

Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir, cuba jawab beberapa soalan berikut :


Adakah semua Manusia membesar dalam persekitaran yang sama?


Adakah semua Manusia membesar dengan kepercayaan yang sama?

Adakah semua Manusia mempelajari perkara yang sama?

Adakah semua Manusia memiliki ibubapa yang memeiliki kepercayaan yang sama?

Adakah semua Manusia melalui pengalaman hidup yang sama?


Adakah semua Manusia boleh menerima kelainan pendapat?

Adakah semua Manusia mempunyai tahap pemikiran yang sama?


Kemahiran berfikir sangat bergantung kepada kebolehan seseorang itu berfikir, yang merangkumi kebolehan membuat analisa, membuat tafsiran, membuat perbandingan, membuat rujukan, mengemukan soalan, menerima idea kelainan, menerima maklumbalas, memberikan penerangan, memberikan maklumbalas, melakukan penyelidikan dan pelbagai perkara yang berkaitan melihat dengan mata dan naluri dari pelbagai sudut yang berlainan.

Rumusan
Ramai Manusia beranggapan mereka bijak berfikir sedangkan mereka tidak pernah belajar berkaitan otak, minda dan berfikir.

Mereka beranggapan bahawa berfikir itu adalah semulajadi dan kemahiran akan terbentuk dengan sendirinya dalam peningkatan usia.

Mereka tidak dapat menerima bahawa berfikir adalah sesuatu yang perlu dipelajari kerana tahap kebolehan mereka tidak sampai ke tahap itu dan selalunya akan berfikir mengikut apa yang mereka "rasa" bukan dari hasil kebolehan mereka berfikir berasaskan fakta, logik, kajian dan perbandingan.


Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang perlu dipelajari.



No comments: