Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

21 June 2014

PANDUAN SUAMI ISTERI - Isteri Nusus Keluar Tanpa Izin Suami







Sumber: http://www.utusan.com.my

ARKIB : 29/06/2001


Soalan:
APAKAH saya berdosa sekiranya keluar dari rumah disebabkan tidak tahan dengan sikap suami yang panas baran dan suka memukul walaupun atas perkara-perkara yang remeh. Apakah saya boleh disabitkan dengan menderhaka kepada suami dan apakah yang patut saya lakukan selanjutnya? 

Salimah Pelabuhan Klang, Selangor. 


Jawapan:
Di dalam Islam, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan bertanggungjawab menjaga serta memelihara rumah yang disediakan olehnya. 

Isteri tidak boleh meninggalkan suami begitu sahaja tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada suami.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya isteri yang keluar dari rumahnya, sedang suaminya tidak menyenanginya maka semua malaikat di langit melaknatnya juga semua makhluk yang dilaluinya selain jin dan manusia, sampai ia pulang kem-bali.

Seseorang isteri yang bertindak keluar dari rumah tanpa izin suami boleh dianggap nusus dari segi hukum syarak dan undang-undang.

Dari segi undang-undang, seseorang isteri telah disabitkan kesalahan nusus akan hilang kelayakan untuk mendapat nafkah serta kurang kelayakan untuk mendapatkan tuntutan berkaitan dengan hak penjagaan anak, mutaah (sagu hati perceraian) dan sumpamanya jika berlaku perceraian.

Sekiranya isteri keluar dari rumah atas sebab-sebab yang munasabah seperti dihalau, suami tidak membayar sewa rumah, suami selalu memukul atau mendera isteri, keperluan dalam rumah seperti barang-barang makanan tidak mencukupi dan sebagainya, maka tindakan tersebut tidak bersalah. Bagaimanapun isteri hendaklah mengambil tindakan undang-undang agar kelakuan keluar dari rumah itu tidak disalahertikan oleh suaminya atau pihak-pihak yang lain.

Antara tindakan yang mesti diambil sebaik sahaja keluar daripada rumah ialah melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis dan jika berlaku kes memukul atau penderaan, minta bantuan dan penyiasatan dibuat ke atas suami.

Isteri hendaklah mengadu kepada pejabat agama berkenaan perkara tersebut untuk tujuan perundingan dan khidmat nasihat.

Jika masalah yang dihadapi itu semakin meruncing dan tidak ada penyelesaian, maka isteri boleh membuat tindakan ke mahkamah untuk menuntut haknya.

Jika berlaku kacau ganggu dalam tempoh masa kes tuntutan berjalan ataupun selepasnya, mohonlah suatu perintah tegahan bagi menghalang suami berbuat demikian.

Saya nasihatkan puan, sekiranya terpaksa keluar dari rumah maka pindahlah ke kediaman ahli keluarga yang lain sehingga kes puan selesai. Jangan membuat masalah dengan cara tinggal di tempat yang tidak menentu dan boleh menimbulkan fitnah kepada diri puan sendiri.


No comments: