Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

25 August 2014

DALAM NEGARA - Tengkorak milik bekas anggota polis






Harian Metro

Kuala Lumpur: Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat letak kereta bersebelahan Hospital Tawakal Baru, Jalan Pahang, di sini, kelmarin disahkan bekas anggota polis berpangkat Koperal berusia 52 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kematian mangsa disebabkan perbuatan jenayah atau sebaliknya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan semak atas bukit 20 meter dari tempat penemuan tengkorak itu membawa kepada penemuan beberapa lagi serpihan tulang manusia dan cebisan pakaian.
Berdasarkan kepada keadaan tengkorak dan tulang, sukar untuk lihat kesan perbuatan jenayah. Setakat ini siasatan dilakukan mengikut Kes Kematian Mengejut (SDR) sementara menunggu laporan daripada patologi.
Turut ditemui beg duit dipercayai milik mangsa yang mengandungi kad ATM Maybank, MyKad, Lesen Memandu dan wang tunai RM3,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Pada jam 8.30 pagi kelmarin seorang penyelia kawasan parkir kereta terkejut selepas menemui satu objek yang menyerupai tengkorak manusia.

Sumber: https://my.news.yahoo.com


No comments: