Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

6 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Memerangi Ketidakhadiran

Oleh Faudzil Harun 




Berikut adalah cadangan bagi memerangi ketidakhadiran :


1.  Ubah Gaya Pengurusan
     Adakalanya pekerja mendapatkan cuti sakit bukan kerana sakit tetapi akibat stres,
     bosan atau merasa tidak gembira dengan pekerjaannya atau tidak gembira terhadap
     hubungannya dengan pengurus atau penyelia.

     Gaya pengurusan yang terlalu mendesak atau cerewet atau terlalu tegas selalunya
     memberi kesan kepada emosi pekerja yang akan mendorong peningkatan
     ketidakhadiran di kalangan pekerja.

     Pengurus dan penyelia yang tidak memiliki kemahiran berkomunikasi, mendorong,
     dan menanggani situasi kritikal selalunya akan menghadapi masalah ketidakhadiran.
     

2.  Bangunkan Suasana Yang Di Senangi
     Tempat kerja merupakan rumah kedua kerana ramai pekerja menghabiskan banyak
     masa di tempat kerja. Suasana tempat kerja yang di senangi, bersih, selamat dan
     mempunyai kemudahan yang munasabah boleh menjadi faktor penyumbang kepada
     pengurangan ketidakhadiran.


3.  Tawarkan Insentif Yang Mendorong
     Insentif yang menghargai rekod kehadiran dan prestasi kerja mendorong pekerja untuk
     menghindari ketidakhadiran.

     Contoh insentif untuk kehadiran yang cemerlang 

     ●  Pertukaran cuti sakit yang tidak di gunakan dengan wang tunai atau insentif lain.
     ●  2 hari bonus bagi kehadiran cemerlang untuk setiap 3 bulan.
     ●  Makanan percuma di premis majikan untuk kehadiran yang cemerlang.
     ●  Kelayakkan cabutan bertuah
     ●  Kebenaran pulang 2 jam awal pada hari gaji.
     ●  Hadiah dan sebagainya.



4.  Bangunkan Polisi Kehadiran
     ●  Bertindak pantas keatas ketidakhadiran.
     ●  Jadikan rekod kehadiran sebagai syarat untuk kenaikkan gaji, kelayakkan bonus,
         dan kelayakkan kenaikkan pangkat.
     ●  Adakan peruntukkan cuti tanpa gaji untuk penyelesaian masalah peribadi.
     ●  Peruntukkan waktu kerja fleksibel adakalnya boleh menyumbang kepada pengurangan
         ketidakhadiran. 


2 comments:

budi said...

Assalamualaikum....
mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga Allah s.w.t mudahkan segala urusan saudara/i... :)
JazakAllahu Khairan

Unknown said...

Waalaikumsalam Saudara Budi Ahmad, sudah pasti boleh kerana tujuan saya memang untuk berkongsi ilmu yang dipinjamkan kpd kita semua. Sesungguhnya segalanya milik Allah s.w.t.