MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KES NO : 15/4-339/01
DI ANTARA
ELECTRONIC SYSTEMS (MALAYSIA) SDN. BHD.
DAN
AZIZAN BIN MOHAMAD
AWARD NO : 1569 TAHUN 2004
Di Hadapan : N. RAJASEGARAN – PENGERUSI (Bersidang berseorangan)
Tempat : Mahkamah
Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Tarikh Rujukan : 7.3.2001.
Tarikh Sebutan : 25.5.2001, 18.10.2001, 5.11.2001, 1.4.2002,
1.4.2003 dan 12.9.2003.
Tarikh Perbicaraan :
10.5.2004, 11.5.2004, 8.9.2004, 9.9.2004
dan 12.10.2004.
Perwakilan : Encik
Brian Jit Singh
daripada Tetuan Shook Lin & Bok mewakili Syarikat
Encik A. Sivananthan
daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mewakili
Yang Menuntut.
daripada Tetuan Shook Lin & Bok mewakili Syarikat
Encik A. Sivananthan
daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mewakili
Yang Menuntut.
Rujukan :
Ini adalah satu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3)
Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Azizan bin Mohamad (yang selepas
ini disebut sebagai “Yang Menuntut”) oleh Electronic
Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (yang selepas ini disebut sebagai “Syarikat”).
KEPUTUSAN
1. Pembuangan kerja
Yang Menuntut oleh Syarikat pada 6.8.1998 telah dirujuk melalui surat
bertarikh
7.3.2001 kepada Mahkamah Perusahaan
di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan
Perusahaan, 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia
untuk satu keputusan di mana surat telah
diterima oleh Mahkamah pada 10.4.2001.
2. Daripada tarikh
rujukan ini diterima oleh Mahkamah, kes ini telah disebutkan enam kali. Tarikh-
tarikh perbicaraan juga telah dilapangkan beberapa kali disebabkan oleh perkara-perkara yang
tarikh perbicaraan juga telah dilapangkan beberapa kali disebabkan oleh perkara-perkara yang
tidak dapat dielakkan. Akhirnya pada
sebutan yang keenam yang dipanggil pada 12.9.2003,
perbicaraan telah ditetapkan pada 10 dan
11.5.2004.
3. Apabila Mahkamah
bersidang pada 10.5.2004, Encik A. Sivananthan, wakil bijaksana yang
mewakili Yang Menuntut telah menimbulkan satu
bantahan atas bidang kuasa Mahkamah
berhubung dengan perlantikan Pengerusi. Selepas mendengar
hujjahan daripada kedua-dua
pihak, Mahkamah telah pada hari itu juga membuat keputusan
lisan menolok bantahan tersebut
dan selepas itu satu keputusan, Award No. 752 tahun 2004
bertarikh 1.7.2004 telah diturunkan.
4. Perbicaraan untuk
11.5.2004 telah dilapangkan atas permohonan Yang Menuntut dan perbicaraan
seterusnya ditetapkan pada 8 dan 9.9.2004. Mahkamah telah meneruskan perbicaraan pada
8.9.2004 tetapi atas permohonan Yang Menuntut perbicaraan untuk 9.9.2004 telah dilapangkan
seterusnya ditetapkan pada 8 dan 9.9.2004. Mahkamah telah meneruskan perbicaraan pada
8.9.2004 tetapi atas permohonan Yang Menuntut perbicaraan untuk 9.9.2004 telah dilapangkan
dan perbicaraan telah ditetapkan untuk
12.10.2004.
5. Apabila Mahkamah
bersidang pada 12.10.2004 Encik Brian Jit Singh, peguam bijaksana
mewakili Syarikat telah memaklumkan bahawa
kedua-dua pihak telah berjaya menyelesaikan kes
ini secara damai dengan terma-terma seperti
berikut:
“a) Company
agrees to pay a sum of RM14,000 on or before 31.10.2004 to the Claimant through
his representative.
b) The Company
pays the said sum and the Claimant receives the same with both parties not
admitting any liability.
c) The Claimant
in consideration of the receipt of the said sum declares that this constitutes
a
full and final settlement of all claims
arising from his employment with the Company and
hereby declares he has no further claim of any
sort against the Company. ”
6. Encik A.
Sivananthan telah mengesahkan penyelesaian atas terma-terma yang dinyatakan
oleh
Encik Brian Jit Singh.
7. Mahkamah
mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak di atas kejayaan mencapai
penyelesaian secara damai dan di atas permohonan
kedua-dua pihak Mahkamah pada hari itu
telah menurunkan satu keputusan secara persetujuan
berdasarkan termaterma yang dinyatakan
diperenggan 5 di atas
BERTARIKH 1 NOVEMBER 2004.
( N. RAJASEGARAN )
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA
KUALA LUMPUR
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA
KUALA LUMPUR
No comments:
Post a Comment