Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

14 September 2014

KES PEMECATAN TIDAK ADIL - Gagal ketepi keputusan kes pecat bekas pekerja






KUALA LUMPUR - Malaysian Airline System Berhad (MAS) hari ini gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan keputusan yang menghendakinya membayar ganti rugi RM97,035 kepada seorang bekas pekerjanya yang dipecat secara salah kerana menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nallini Pathmanathan menolak permohonan MAS untuk mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang membenarkan tuntutan bekas penyelia perkhidmatan dalam penerbangan Mazlin Desa terhadap syarikat penerbangan itu yang didakwa memecatnya secara tidak adil.

Dalam penghakiman setebal 20 muka surat, Nallini berkata Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang wajar berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya dan oleh itu tiada asas bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan.

Katanya Mahkamah Perusahaan telah menimbang dengan menyeluruh semua perkara berkaitan fakta dan undang-undang sebelum membuat keputusannnya dan oleh itu, keperluan membuat satu keputusan aneh yang menyanggah logik, tidak dapat dipenuhi.

Nallini juga menolak permohonan semakan semula kehakiman Mazlin terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang menolak tuntutannya agar diterima semula bekerja dengan MAS.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Perusahaan membenarkan Mazlin membuat tuntutan terhadap MAS dan memutuskan bahawa dia dipecat tanpa sebab atau alasan yang adil berasaskan fakta yang ada, serta memerintahkan agar dia dibayar ganti rugi RM87,082.80 atau dimbil semula bekerja, serta dibayar tunggakan gaji RM9,952.32.

Berdasarkan matrix fakta dan keadaan kes, Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa MAS gagal membuktikan ketiga-tiga tuduhan berkenaan, yang menjadi sebab utama dalam pemecatan Mazlin, berdasarkan kemungkinan seimbang.

Mahkamah itu mendapati terdapat bukti jelas daripada keterangan seorang saksi bahawa penjualan minyak wangi berkenaan tidak melibatkan transaksi kewangan.

Dalam tuntutan berkenaan, Mazlin, 48, berkata dia berkhidmat dengan MAS selama 22 tahun iaitu mulai 1988, dengan jawatan terakhir sebagai penyelia perkhidmatan dalam penerbangan.

Pada 2010, MAS memecat Mazlin dengan serta merta selepas panel siasatan dalaman mendapatinya bersalah terhadap tiga tuduhan menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan kepada dua penumpang bagi mendapatkan keuntungan kewangan ketika bertugas pada 15 Mac, 2010. - Bernama


No comments: