Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

11 September 2014

KISAH BENAR - Cerita dari Penjara Sg Buloh







By Alhaddad

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ustaz Halim Din, Ustaz Raihan & Ustazah Dr. Sharifah Noor Hayati.

Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu tentang keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang ustaz kalau tak silap aku Ustaz Halim Din telah mencerita kan sebuah kisah yg berlaku di penjara Sungai Buluh, sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah
agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan mencerita kan pada beliau tentang seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancar kan perang kepada Yg Dipertua
Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji Qur’an, solat malam dan baik di ka langan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pada
pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pada mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayang kan kalau org nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik keti ka itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar s
eperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti orang dalam solat dengan jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

Dipetik dari Asyraaf forum ( Khairudin )



Sumber: http://budriez.wordpress.com/


No comments: