Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

14 October 2014

KUMPULAN MANUSIA - Melanau






Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Melanau
Jumlah penduduk510,000
Daerah dengan penduduk yang besarMukah,Sarawak
BahasaMelanau
AgamaIslam &Kristian
Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). 

Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. 

Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. Ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.

Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan pendalaman. Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.

Loghat/Jenis Melanau Mengikut Kawasan

Kaum Melanau terbahagi mengikut bahagian di kawasan Sarawak;
  • Melanau Mukah
  • Melanau Dalat - Dalat Town Sharing Channel
  • Melanau Oya
  • Melanau Igan
  • Melanau Matu-Daro
  • Melanau Belawai-Rajang
  • Melanau Ba'ie (Bintulu)
  • Melanau Balingian ,dan
  • Melanau Miri.

Budaya

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.

Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

Belajar bahasa Melanau

Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.

Contoh perkataan Melanau

  • Pagi = Song, suab
  • Makan = Keman
  • Minum = Tuteng
  • Air = Nya'am, Anum
  • Siapa = Sai, Yai
  • Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan
  • Nama = Ngadan,Radan
  • Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin
  • Apa = Inou, Nau
  • Khabar = Dengah
  • Bagus = Da'au,Dao, diak
  • Bila = Pidan ,Paya
  • Siapa = Yai, sai
  • Kenapa = Inauhal,Wakno, minew
  • kamu = mo, kan ,ka'au
  • tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
  • kentut = petut,pangai
  • jalan = sibal,Makau

Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)
  • Bangun = Pitah
  • Hantar = Tuloi
  • Makan = Keman
  • Minum = Tuteng
  • Air = Anum
  • Siapa = Sai
  • Awak = Mo
  • Nama = Ngadan,Radan
  • Rumah = Lebuk
  • Apa = Waknou,wakno
  • Khabar = Britah
  • Jalan = Makau
  • Mandi = Temuk
  • Duduk = Munguk
  • berdiri = Tiger
  • baring = Beleg
  • kencing = Besinik
  • berak = Betae
  • tandas = Jamben/Jelatong/Jungah
  • Bodoh = Badik
  • tak tahu = Mey Tao
  • tahu = Tao
  • tidak = Mey
  • tunggu = Lo
  • menuggu = Lulo
  • besok = Song nah
  • hari = law
  • itu = idun,idu
  • buku = bub
  • main = pelik,plik
  • kahwin = nikah
  • tumbuk = bukut
  • miang = keranau
  • tua = lakey,lakei
  • awan = aub
  • rindu = beraie/pawah
  • buah pisang = balaq
  • buah nanas = pisang
  • sepupu = jipo
  • mati = matai
  • hantu = pengamo, to
  • perkakas = kereben
  • gaduh = pedalo

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau

No comments: