Oleh Faudzil Harun
“Only
highly motivated people are keen in seeing quality in their work.”
- Faudzil Harun -
Budaya organisasi mempunyai pengaruh yang
sangat kuat dalam organisasi secara keseluruhan. Ia melibatkan segala perkara
dalam sebuah organisasi dari cara berpakaian, cara menyapa orang malah sehingga
mempengaruhi apa cara mesyuarat di jalankan, dasar kenaikkan pangkat dan
bagaimana suatu keputusan dibuat.
Budaya organisasi memberi kesan nyata kepada tahap kepuasan hati pekerja terhadap sistem kerja, perlaksanaan kerja, tahap kesungguhan menjaga kualiti kerja, tahap inisiatif dan komitmen kepada tugas dan hasil perlaksanaan tugas.
Budaya “the boss is always right” atau “just do, don’t ask” akan menjadikan suasana tempat kerja seperti sebuah lebuhraya yang sibuk yang dilalui pelbagai jenis kenderaan dan orang tetapi laluan telah ditetapkan dan tiada pilihan lain.

Budaya seperti ini akan memberi kesan pekerja menjalankan tugas hanya
pada tahap minima hanya untuk menyelamatkan kerjayanya dan akan mempamerkan
prestasi berubah-ubah mengikut “mood”
atau berpura-pura dari masa ke semasa.
Ramai pekerja akan menjadi pasif dan
keliru. Organisasi seperti ini akan menghabiskan banyak masa menanggani masalah
pekerja dan pekerjaan.
Budaya organisasi yang positif adalah suasana di mana setiap individu faham apa yang diharapkan dari mereka, peraturan di turuti secara sukarela dan suasana harmoni sentiasa dijaga. Tahap kesungguhan setiap individu dalam organisasi ini adalah tinggi untuk mendapat ganjaran yang setimpal. Setiap individu akan mempertahankan reputasi organisasi dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Organisasi seperti ini tidak perlu membazirkan masa menanggani masalah pekerja dan pekerjaan.

No comments:
Post a Comment