Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

6 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Membentuk Disiplin Yang Betul

Oleh Faudzil Harun 














Untuk memastikan disiplin menjadi satu komponen penting dalam produksi dan produktiviti berkualiti, adalah sangat penting untuk menguatkuasakan disiplin yang adil dan munasabah.

Peraturan disiplin perlu mengambil kira perkara yang menjadi asas kepada keperluan disiplin antara lainya jumlah warga kerja, tahap akademik pekerja, jenis pekerjaan, lokasi tempat kerja, suasana tempat kerja, peralatan yang digunakan, prosedur kerja, jenis hazad, tahap risiko, kesan yang di ketahui dan faktor lain yang perlu.

Penguatkuasaan disiplin yang sama bagi semua pekerja tanpa diskriminasi atau “standard” yang berbeza akan mempamerkan keadilan yang norma.

Tindakan disiplin yang dikenakan perlu adil dan munasabah. Tindakan disiplin yang di senaraikan mesti selaras dengan peruntukan undang-undang.


Berikut adalah langkah membentuk disiplin yang betul :


Langkah 1 – Komunikasi Peraturan Disiplin
Adalah sangat penting bagi majikan atau wakilnya memastikan peraturan disiplin di sampaikan kepada setiap pekerja secara jelas dan mengadakan bukti bahawa pekerja telah memahami peraturan disiplin itu secara jelas.

Selagi peraturan disiplin itu tidak di sampaikan kepada pekerja dan di buktikan telah di fahami oleh pekerja, maka tidak akan ada berlakunya ketidakpatuhan.

Adalah tidak betul untuk membuat andaian bahawa setiap pekerja telah di maklumkan dan seharusnya memahami peraturan disiplin kerana ia mesti di buktikan untuk tujuan perundangan.     

 

Langkah 2 – Mempamerkan Kuasa
Majikan atau wakilnya harus mempamerkan kuasa mereka untuk mendisiplinkan setiap pekerja untuk tujuan mencapai matlamat organisasi.
Mengambil tindakan yang adil dan munasabah dengan pantas adalah sangat perlu dalam usaha memberitahu setiap pekerja bahawa majikan serius dalam usaha menjaga kepentingan semua warga kerja dan menjadikan disiplin sebagai satu komponen penting dalam pengurusan organisasi.



Langkah 3 – Bertindak Cepat
Tindakan yang cepat menanggani masalah disiplin adalah perlu untuk memastikan kesalahan melanggar disiplin tidak terbiar dan menjadi tabiat buruk. Kelemahan bertindak cepat akhirnya akan mengubah keadaan dan penerimaan pekerja terhadap disiplin yang sering disebut sebagai “Tidak Menghormati Disiplin.”

Kegagalan bertindak cepat juga akan mewujudkan fenomena “condonation” di tempat kerja.



Langkah 4 – Menghidari “Condonation”
Secara umumnya “condonation” adalah kebenaran yang di berikan kepada seseorang untuk menutup salahlaku atau keengganan melaksanakan tugas atau pelanggaran syarat kontrak perkhidmatan.

Majikan atau wakilnya yang membenarkan seorang pekerja untuk terus bekerja setelah mempunyai pengetahuan salahlaku atau pelenggaran kontrak perkhidmatan telah di lakukan oleh pekerja tersebut akan di anggap telah memberi kebenaran untuk menutup kesalahan itu.



No comments: