Oleh Faudzil Harun
Ramai pengurus dan penyelia membuat tafsiran yang salah berkaitan prestasi lemah. Mereka kerap kali keliru di antara prestasi lemah, kecuaian melaksanakan tugas, ketidakupayaan dan salahlaku.
Prestasi lemah tidak di lihat dari aspek tingkah laku terhadap kerja yang di lakukan atau tingkah laku yang di sabitkan dengan salahlaku. Ia perlu di lihat dari aspek samada tugas yang mana pekerja itu di upah di lakukan dengan betul?
Maka untuk menentukan prestasi lemah berlaku, soalan-soalan berikut berkaitan hubungan pekerja dengan tugas perlu di tanyakan :
1. Adakah hasil kerja mencukupi?
2. Adakah kualiti kerja mencapai standard yang di tentukan?
3. Adakah prosedur kerja di patuhi?
4. Adakah kos di kawal dalam belanjawan yang di tetapkan atau adakah jumlah “reject”
yang di hasilkan terkawal dalam jumlah yang munasabah?
5. Adakah pekerja mempamerkan usaha yang mencukupi?
6. Adakah pekerja yang sama dapat mencapai standard yang di tentukan dalam tugasan
yang lain?
7. Adakah pekerja memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas yang di berikan?
8. Adakah pekerja melaksanakan tugas secara cuai?
9. Adakah pekerja melaksanakan tugas tanpa tumpuan?
Setelah soalan-soalan di atas di jawab, persoalan prestasi pekerja akan lebih jelas membezakan salahlaku dan prestasi lemah. Salahlaku berkaitan tingkah laku manakala prestasi berkaitan keupayaan.
Penyebab Utama Prestasi Lemah
Terdapat
pelbagai alasan atau penyebab kepada prestasi lemah namun alasan atau penyebab
umum yang mendorong prestasi lemah selalunya adalah :
1. Budaya organisasi yang lemah.
2. Strategi pengambilan pekerja yang lemah.
3. Standard dan prestasi yang di harapkan tidak di sampaikan kepada pekerja secara jelas.
4. Ketiadaan atau kekurangan latihan, bimbingan, penyeliaan, sokongan dan dorongan.
5. Suasana tempat kerja yang tidak di senangi.
6. Perlaksanaan peraturan disiplin yang lemah.
7. Kekurangan peluang pembangunan kerjaya.
8. Pekerja baru yang tidak mendapat latihan dan bimbingan yang betul.
9. Perubahan teknologi atau kaedah kerja.
10.Sikap pekerja.
Prosedur Pemecatan
1. Memaklumkan kepada pekerja perihal prestasi lemah
● Majikan atau wakilnya hendaklah memaklumkan kepada pekerja perihal prestasi
lemahnya dan apakah prestasi yang di harapkan.
● Majikan hendaklah mengkaji mengapa prestasi tidak mencapai standard yang
di tetapkan atau di harapkan.
2. Berikan peluang pekerja meningkatkan prestasi
● Berikan latihan, bimbingan, sokongan dan peralatan yang di perlukan untuk
mengatasi masalah prestasi lemah dalam tempoh yang munasabah.
● Lakukan pengawasan perlaksanaan kerja secara tetap dan berterusan.
3. Memberi amaran
● Berikan amaran jika pekerja atas tindakannya sendiri gagal meningkatkan prestasi
ke tahap yang di harapkan, maka majikan tiada pilihan lain kecuali mengambil
tindakan yang serius termasuk pemecatan.
4. Mengadakan bukti
Majikan hendaklah menunjukkan bukti yang menunjukkan pekerja gagal meningkatkan
prestasinya atas tindakannya sendiri.
Memahami Prestasi Lemah

No comments:
Post a Comment