Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

18 July 2014

MH17 - MAS tukar laluan penerbangan di Eropah, kini 298 dalam pesawat MH17






The Malaysian Insider

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menukar semua laluannya di Eropah kepada laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam, tragedi kedua untuk MAS tahun ini.
Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine selepas didakwa ditembak jatuh.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MAS MH370 hilang secara misteri selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.
MAS hari ini mengesahkan terdapat 280 penumpang serta 15 anak kapal dalam penerbangan itu dan menambah, turut terdapat tiga bayi.
"Berkuatkuasa serta merta, semua penerbangan ke Eropah diuruskan MAS akan mengambil laluan alternatif untuk mengelak laluan biasa.
"Pesawat MH17 MAS yang dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine. MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
"Laluan pesawat sebelum ini diisytiharkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Persatuan Transport Udara Antarabangsa menyatakan ruang udara yang dilalui tidak dikenakan sebarang sekatan," kata syarikat penerbangan itu.
Pesawat malang itu membawa seramai 154 penumpang warga Belanda, Australia (27), Malaysia (45, termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi), Indonesia (12 termasuk 1 bayi), Britain (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) serta penumpang yang masih belum dikenalpasti seramai 41 orang.
"MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga terdekat penumpang dan juga anak kapal.
"Fokus kami sekarang adalah bekerja dengan semua pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta mengerakkan sokongan yang sepenuhnya kepada keluarga terdekat," kata MAS.
Mereka juga menghantar pasukan "Go Team" ke Amsterdam dengan pasukan pembantu dan sukarelawan untuk membantu keluarga penumpang. – 18 Julai, 2014.
Sumber: https://my.news.yahoo.com

No comments: