Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

14 October 2014

PEMBANGUNAN DIRI - Menuruti Pendapat Majoiriti Adalah Panduan Yang Lemah







MENURUTI PENDAPAT MAJORITI ADALAH PANDUAN YANG LEMAH

Setiap perkara berubah setiap saat di seluruh dunia. Orang membuat keputusan setiap saat di seluruh dunia juga. Saya membuat keputusan, anda membuat keputusan dan kita selalu membuat keputusan.

Apa yang mempengaruhi keputusan? 
Keputusan dibuat berdasarkan pendapat. Ramai orang mempunyai banyak pendapat, tetapi tidak banyak pendapat yang sangat baik. Mengumpul pendapat dan mengubah suai untuk yang lebih baik adalah satu usaha yang bijak

Tetapi soalan utama saya adalah:
1.  Patut kah anda menuruti pendapat majoriti walaupun anda
      mempunyai keraguan?
2.  Patut kah anda menuruti orang ramai apabila anda tidak pasti       
      langkah seterusnya?

Kebanyakan orang berasa selamat apabila mereka mendapati bahawa mereka bergerak bersama orang ramai atau mengikuti pendapat majoriti.

Terdapat banyak sebab yang boleh membuat seseorang berasa selamat menuruti majoriti tetapi dua sebab yang paling umum adalah kerana:
1.  Mereka lebih suka untuk kekal dalam zon selesa mereka; dan
2.  Mereka takut untuk mengambil risiko.

Tetapi bagaimana jika pendapat majoriti adalah panduan yang lemah?

Untuk menjawab mengapa pendapat majoriti adalah panduan yang lemah, anda perlu tanya kepada diri sendiri:

"Jika pendapat majoriti bukan panduan yang lemah" adakah kebanyakan orang gembira dengan pendapat majoiriti itu? "

Jadi, mengapa menuruti majoriti?
Kebanyakan orang takut untuk mengambil risiko: Kebanyakan orang takut untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka, maka mereka bergantung diantara satu sama lain walaupun ia tidak membawa mereka ke mana-mana. Itulah sebabnya menuruti orang-orang seperti ini adalah satu kesilapan besar.

Mari kita lihat peratusan orang-orang yang berjaya.

   Di dalam bilik darjah sekolah, anda akan mendapati kurang dari
     10 pelajar mendapat markah penuh.

   Dalam sebuah syarikat yang anda akan mendapati hanya 5 – 10%
      pekerja mendapat kedudukan yang tinggi.

   Dalam sebuah Negara, hanya ada sedikit jutawan.

   Dalam dunia anda hanya mendapati orang-orang yang berjaya
      mewakili golongan minoriti.

Kebanyakan orang menyertai orang ramai tanpa sebab yang jelas
Orang-orang yang mengikuti orang ramai secara membabi buta biasanya tidak pasti mengapa mereka menyertai mereka. Mengapa anda memberi tumpuan kepada orang ramai yang keliru yang mereka sendiri tidak pasti mengapa mereka mengikuti orang ramai itu? Pendapat majoriti biasanya panduan yang lemah kerana kebanyakan orang mengikuti kumpulan orang ramai atas sebab-sebab psikologi tanpa mengetahui mengapa mereka melakukannya.

Sekarang fikirkan semula, adakah anda harus mengikuti pendapat majoriti?

Dalam setengah kes pendapat majoriti mungkin betul maka sebelum anda membuat keputusan sama ada anda perlu memberi perhatian kepada pendapat mereka, gunakan fikiran anda, atasi ketakutan anda dan buat perkiraan secara rasional.

Dalam kebanyakan kes, kita akan mendapati bahawa majoriti orang mengalami kegelisahan dan ketidak tentuan dan jangan sesekali mengikuti mereka. Orang selalu memberikan tekanan kepada anda untuk berpihak kepada mereka kerana mereka takut bahawa anda melakukan sesuatu yang mereka tidak pernah cuba untuk lakukan.

Cuba anda beritahu kawan-kawan anda bahawa anda ingin memulakan perniagaan dan anda akan mendapati bahawa kebanyakan mereka akan cuba menahan anda dari meneruskan keinginan anda itu. Ia bukan kerana mereka tahu apa yang mereka katakan tetapi kerana mereka takut ketinggalan jika anda berjaya kelak.

Ini mengukuhkan lagi mengapa pendapat majoriti pastinya panduan yang lemah.

Ramai orang suka bercakap perkara yang merepek. Maka jangan percayakan mereka, dan teruskan langkah anda.  Jika mereka benar mereka pastinya sudah berjaya tetapi ramai dikalangan mereka tidak.

Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, anda memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, beralih daripada zon selesa anda, sentiasa berfikir bagaimana untuk melakukan perkara dengan kaedah yang berbeza, ambil risiko dan anda tidak akan terkongkong kepada idea menuruti majoriti.

"Selamat Maju Jaya"

Tulisan hasil gabungan idea penulis dan pendapat dari sumber: http://www.2knowmyself.com


No comments: