TIPS MEMBINA KOMITMEN DIRI
Oleh Faudzil Harun
Komitmen boleh dipamerkan menerusi pelbagai cara termasuk kaedah bekerja, tempuh kerja yang dilakukan, usaha menjaga kualiti kerja, usaha meningkatkan kualiti kerja, usaha meningkatkan keupayaan, aktiviti memberi pertolongan dan pelbagai perkara yang melibatkan usaha melakukan sesuatu dengan betul dan berkesan.
Seorang atlit tinju yang berusaha bangun walaupun setelah tumbang beberapa kali menunjukkan komitmen terhadap dirinya sendiri.
Seorang pelari maraton yang berusaha menamatkan larian memerlukan komitmen diri yang tinggi. Tanpa komitmen tidak mungkin beliau boleh menamatkan lariannya.
Seorang pemimpin yang berusaha menghadiri semua pertemuan bersama pengikutnya adalah contoh komitmen yang baik. Malah hadir awal atau tepat pada waktu yang dijanjikan pula merupakan komitmen yang cemerlang.
"Hatilah yang membezakan seorang yang biasa dan seorang yang cemerlang."
KOMITMEN SEMULA JADI
1. Komitmen Bermula Dalam Hati
Terdapat segelintir manusia yang mahukan segalanya dalam keadaan
terbaik sebelum memberikan komitmen. Orang seperti ini sebenarnya
mahu mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan kejayaan
yang telah dicapai sebelum penglibatannya. Pada dasarnya, komitmen
mendahului pencapaian kerana penilaian dibuat berdasarkan usaha yang
dilakukan dan tempuh penglibatan.
Orang yang mahu menonjolkan kualiti kepimpinannya harus terokai
kaedah baru untuk mempengaruhi pengikutnya. Beliau harus
mempamerkan visi yang jelas dan bekerja bersama pasukan untuk
mencapai matlamat pasukan.
2. Menguji Komitmen Melalui Tindakan
Adalah sangat mudah untuk katakan "saya komited" namun pengukur
sebenar adalah menguji komitmen melalui tindakan. Penilaian apa yang
telah dilakukan adalah kayu pengukur sebenar dan bukan janji dan
kenyataan apa yang akan dilakukan.
3. Komitmen Membuka Pintu Pencapaian
Setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai halangan dalam hidup.
Komitmen yang tinggi akan mendorong diri untuk menghadapi setiap
halangan. Ia boleh digambarkan seperti membuka laluan baru dibelukar
agar laluan akan menjadi mudah dari masa kesemasa.
Komitmen yang tinggi akan membuatkan segala kepenatan dan kesukaran
dapat diatasi dengan senyuman.
4 JENIS KOMITMEN
1. Cop-Outs
Orang seperti ini hanya pandai berkata "saya komited" atau "saya akan
memberikan komitmen" tetapi mereka tidak bertindak.
2. Holdouts
Orang seperti ini memiliki perasaan "tidak pasti" dengan keupayaan diri
atau "takut memberi komitmen". Orang seperti ini selalunya memilih
untuk "tunggu dan lihat" dan suka "menumpang komitmen orang lain."
3. Dropouts
Orang seperti ini selalunya bersemangat memberikan komitmen pada
peringkat permulaan tetapi akan mengelakkan diri dari penglibatan dan
akhirnya akan menarik diri setelah keadaan menjadi semakin sukar.
4. All-Outs
Orang seperti ini tahu apa yang dimahukan, memiliki inisiatif dan disiplin
diri yang tinggi, menghormati janji kepada diri sendiri, berani mengambil
risiko dan akan memberikan komitmen, meredah ranjau dan duri
sepanjang laluan sukar yang dihadapi dan akhirnya akan mencapai
kejayaan yang cemerlang.
TIP UNTUK MEMBINA KOMITMEN
1. Umumkan Komitmen
● Tentukan komitmen yang mahu di pamerkan (berperingkat).
● Umumkan komitmen kepada diri sendiri setiap hari.
● Pilih orang yang boleh mendorong anda meningkatkan komitmen dan
umumkan kepadanya (berperingkat).
2. Ukur Komitmen
● Senaraikan apa komitmen yang harus dipamerkan.
● Tentukan jadual semakan.
● Buat semakan tindakan secara jujur (oleh diri sendiri dan rakan).
Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya