Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

20 April 2013

MOTIVASI DIRI - 4 Tingkah Laku Utama Pekerja Positif






4 TINGKAH LAKU UTAMA PEKERJA POSITIF

Oleh Faudzil Harun




1.    Tahu Bahawa Bekerja Keras Adalah Baik Untuk Jiwa

       Ramai orang beranggapan bekerja keras hanya menguntungkan majikan dan pelanggan. 
       Pada hakikatnya bekerja keras mencerahkan peluang pembangunan kerjaya, kenaikkan 
       pangkat, malah ia memberikan gambaran bahawa anda seorang yang kompeten dalam 
       pekerjaan anda. Jika kerja keras itu terhenti, maka ia akan menurunkan kualiti kerja dan 
       seterusnya menggangu jiwa dengan perasaan bersalah dan meningkatkan potensi 
       menjadikan anda seorang yang negatif.


2.   Membuat Keputusan Untuk Menikmati Tugas

       Pekerja yang positif sedar bahawa perasaan tidak puas hati pekerja terhadap majikan 
       atau warga kerja laian dan rasa tidak puas hati majikan dan rakan sekerja terhadap dirinya 
       akan timbul dari masa kesemasa kerana ai adalah lumrah manusia dan alam pekerjaan. 
       Pekerja positif akan mengawal diri dari menjadi sensitif terhadap lumrah manusia dan 
       membuat keputusan untuk menikmati tugas, kerjaya dan suasana persekitarannya. 


3.   Melihat Kebaikan Dalam Semua Situasi

       Pekerja positif melatih diri melihat kepada kebaikan dalam tugas yang dilaksanakan, 
       rakan sekerja dan suasana tempat kerja dan berusaha menghindari pengaruh negatif.


4.   Bertanya Bagaimana Boleh Melakukan Lebih Baik

       Pekerja positif tidak pernah berpuas hati dengan melaksanakan tugas pada tahap yang 
       minima dan sebaliknya selalau bertanya bagaimana boleh melakukan tugas dengan lebih 
       baik dari masa kesemasa.




"Jika yang cemerlang itu boleh dicapai, maka yang baik itu tidaklah mencukupi."
- Faudzil Harun -