Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Perlindungan Pekerja Wanita

Oleh Faudzil Harun 
















Larangan Wanita Bekerja Malam (S 34 Akta Kerja 1955)
●  Majikan perlu mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Buruh untuk mengambil  
    wanita bekerja dalam sektor perusahaan dan pertanian diantara jam 10:00malam dan
    05:00pagi. 

●  Pada kebiasaannya kebenaran akan diberikan beserta syarat-syarat berikut :

     (a)  Majikan menyediakan pengangkutan pergi dan balik;
     (b)  Majikan membayar elaun syif;
     (c)  Majikan mengamalkan sistem putaran syif dimana pekerja wanita mendapat 
           peluang bekerja dalam semua syif.

●  Majikan tidak boleh meminta pekerja wanita memulakan kerja untuk suatu hari (syif 
    malam) tanpa mendapat tempuh rehat 11 jam berturut-turut.

●  Konduktor wanita bagi kenderaan perkhidmatan awam dibenarkan bekerja diantara jam
    10:00 malam dan 01:00 pagi tetapi dilarang bekerja diantara jam 01:00 pagi dan 05:00
    pagi.


Larangan Kerja Bawah Tanah (S 35 Akta Kerja 1955)
●  Pekerja wanita dilarang bekerja bawah tanah.