Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

5 July 2014

MALAYSIA - DBKL sita 18 gerai, tahan 32 warga asing berniaga






Harian Metro


Kuala Lumpur: Operasi Bazar Aidilfitri dan peniaga warga asing atau Ops Tegas kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertukar kecoh apabila peniaga marah sebaik gerai miliknya disita anggota penguat kuasa.
Bagaimanapun, insiden hampir 15 minit itu dileraikan dan satu perbincangan dilakukan antara kedua-dua pihak yang memutuskan agar notis amaran dikeluarkan sebelum satu pemeriksaan susulan dilakukan selepas ini.
Penguasa Jabatan Penguatkuasa DBKL, Mohd Heriyadi Mohd Noor berkata, kejadian itu berpunca salah faham peniaga di bazar Jalan Chow Kit yang membuka khemah jualan atas jalan raya sedangkan syarat lesen melarang mereka berbuat demikian.
"Mereka mendakwa penganjur tidak memberitahu perkara itu malah sehingga kini lesen bazar juga masih belum diperoleh meskipun sudah menjalankan perniagaan sejak 29 Jun lalu," katanya.
Oleh itu, Mohd Heryadi berkata pihaknya meminta penganjur iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera buat pemeriksaan dan menyemak semula syarat yang ditetapkan dalam lesen.
Operasi di Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang itu bermula 8 malam dan berakhir tengah malam tadi, menyita 18 gerai dan khemah tanpa lesen serta menahan 32 warga asing disyaki menjalankan perniagaan dan bekerja tanpa dokumen sah.

No comments: