Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

15 July 2014

MALAYSIA - Tragedi kereta bergoyang






Harian Metro

Gua Musang: Din... kenapa kereta bergoyang ni?” tanya Datin Nik Razainon Che Hassan, 56, isteri Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Mahadi Mohd Ali sebelum kereta dinaikinya terbabas dan terbalik di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat bandar Chiku, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, anak keempatnya, Nur Aqilah, 23, yang berkhidmat dengan syarikat swasta di Kuala Lumpur, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Nik Razainon dan anaknya, Mohd Aizudin, 24, yang memandu kereta kereta Perdana V6 itu serta seorang lagi anak perempuannya, Nur Anida, 27, cedera.
Ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM), di sini, Nik Razainon berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan seminggu di Kampung Kota, Kota Bharu.
Saya berada di tempat duduk penumpang depan manakala Anida dan Aqilah di belakang, mungkin sedang tidur.
Saya sempat melihat Aizudin memandu dalam keadaan cemas selepas terkejut melihat sebuah lori cuba keluar dari simpang tiga.
Sempat juga saya jerit kepadanya 'Din.... kenapa kereta bergoyang' dan beberapa minit selepas itu, kereta kami terbabas dan terbalik menyebabkan kami semua tersepit,” katanya.
Nik Razainon berkata, dia tergamam melihat Nur Aqilah yang tersepit dan kaku di tempat duduk belakang malah langsung tidak memberikan reaksi ketika orang ramai datang membantu.
Pulang ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) kerana saya sudah seminggu di kampung menjaga ibu yang sakit manakala anak-anak termasuk arwah, datang kelmarin.
Suami berada di Miri, Sarawak kerana tugas sudah dimaklumkan dan akan tiba petang ini (semalam), ” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, siasatan dijalankan dan mangsa cedera dihantar ke HGM untuk rawatan.
Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasatan. Jenazahnya sudah dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota, Kota Bharu,” katanya.

Sumber: https://my.news.yahoo.com

No comments: