Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - SAYANGI IBU BAPA. Show all posts
Showing posts with label Z - SAYANGI IBU BAPA. Show all posts

10 May 2014

RAWAT HATI - Ibu yang mulia






APAKAH SEBENARNYA HARI IBU?

Adakah dengan memberi ucapan pada tanggal 10 Mei setiap tahun?

Adakah dengan belanja ibu makan pada setiap hari ibu?
Ibu itu sebenarnya mesti diletakkan di kedudukan teratas dalam senarai setiap anak di dunia ini.

Seorang anak wajib Menghormati Ibu, Menyayangi Ibu, Menjaga Hati Ibu, Menjaga Ibu di kala usia tuanya.
Ramai anak di dunia ini melakukan segala yg mereka mampu untuk memuliakan ibu mereka, beruntunglah anak-anak itu.

Namun terdapat ramai anak-anak yg tidak memperdulikan ibu mereka, malah mereka mengutamakan kerjaya, perniagaan, kawan-kawan dan pelbagai perkara lain.

Yang paling sedih sekali, terdapat ramai anak-anak yang "TIDAK MAHU" menjaga ibu mereka yang sudah tua.

Anak-anak ini sanggup membiarkan ibu mereka tinggal seorang diri. Ada juga anak-anak yang tidak menziarahi ibu mereka. Anak apakah ini? Sudah tentu mereka ini tergolong dalam golongan "ANAK DERHAKA".

Tuhan sangat murka kepada anak-anak derhaka.
Anak-anak derhaka
tidak akan mendapat rahmat Tuhan.
Neraka lah
tempat anak-anak derhaka.

Jika anda mempunyai ibu yang sudah tua, jagalah ibu anda seperti anda menjaga nyawa anda sendiri. Berikan ibu anda segala yang terbaik. Janganlah hanya asyik sibuk mengumpul wang, menambah harta, mengejar nama kerana ibu adalah yang paling utama.

Wallahualam


2 August 2013

SAYANGI IBU BAPA - Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

















IBU KITA DAN KITA SEBAGAI IBU


  Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
    - Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tidak
      baik tetapi tidak ada masa nak buat yang baik.

 Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

 Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang.
    -  Oleh itu ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak jangan buat ibu
       jatuhkan air mata.
    -  Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab
   wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.


Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.


 Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
●  Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
 Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air
    mata.


3 orang yang kita perlu tengok dan selalu pandang dalam hidup, 
tengok masa tidur!

 Anak
 Ibu
 Suami.



Kalau kita ada perselisihan faham dengan suami sehingga nak bercerai, tataplah muka suami kita ketika dia tidur - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang tidak ada, bolehlah teruskan apa yang patut.



Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya, cuma menangis dalam hati sahaja. 


Oleh itu bagi sesiapa yang masih ada ibu,
PANDANGLAH IBU MU SELALU, SENYUM KEPADA IBU DAN BAHAGIAKANLAH HATI IBU KAMU.
 


Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.


SAYANGI IBU BAPA - Menjaga Ibu Bapa Yang Sakit






















MENJAGA IBUBAPA YANG SAKIT



Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan 

nyanyuk.. ini bertujuan memberi syurga pada anak-

anaknya. 




Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau 

nyanyok. 




Hakikatnya keadaan demikian membolehkan anak-anak

berebut mahu menjaga mereka di saat mereka dalam 

keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. 




Jadi kalau tahu ibu atau bapa sakit, berebutlah menjaga 

ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.








Allah kalau boleh tidak mahu kita masuk neraka oleh itu 

Allah tidak akan matikan seseorang dalam keadaan kotor 

dan berdosa jadi Allah bagi kita peluang menjaga ibubapa 

yang sakit untuk kita bersihkan diri kita.



Adakalanya Allah memberi kita kita sakit untuk 

membersihkan kita sebelum Dia mengambil kita.


Wallahualam Bissawab


SAYANGI IBU BAPA - Mendoakan Ibu

















MENDOAKAN IBU

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakan beliau!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.
   Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
  
   Contohnya pergi ke pusara mak kita dan berkata :

   “Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu
   mak kahwinkan” atau “Bapa saya nak kahwin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan
   gembira tengok sayakan..”

   Luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka
   boleh mendoakan kita dari sana.