Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - MAKANAN SIHAT. Show all posts
Showing posts with label Z - MAKANAN SIHAT. Show all posts

17 July 2014

MAKANAN SIHAT - Kuaci baik untuk pundi kencing






By Azwa Iela | Tupai 






17 Jul – Tahukah anda bahawa kuaci mempunyai kebaikan untuk tubuh badan anda? Ia mampu menguatkan otot pundi kencing. Ini kerana apabila usia semakin meningkat bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal. Dipetik dari Harian Metro, pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak sembahyang. 

Jadi, untuk mengatasinya anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan biji bunga matahari atau lebih dikenali dengan kuaci. 

Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. 

Minyak biji kuaci juga baik digunakan dalam masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolesterol. 

Selain itu, kuaci juga menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.

Sumber: https://my.entertainment.yahoo.com

17 September 2013

TIP PEMAKANAN - Bentuk otot '6 Pack' dengan makanan






Bentuk otot '6 Pack' dengan makanan




6 September 2013

MAKANAN SIHAT - 8 Tip Mengurangkan Pengambilan Lemak Dalam Makanan





8 Tip Mengurangkan Pengambilan Lemak & Kolestrol Dalam Makanan
  • Pilih bahagian daging tanpa lemak dan buangkan semua kulit serta lemak yang kelihatan sebelum masak.
  • Masak dengan menggunakan kuali tanpa lekat.
  • Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.
  • Kurangkan menggoreng makanan yang disalut tepung.
  • Pelbagaikan cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
  • Serapkan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
  • Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gunakan susu tanpa lemak dan rempah asli sebagai ganti.
  • Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.







Klik gambar pamphlet di atas untuk imej lebih jelas. Mari sama-sama baca dan sebarkan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

31 August 2013

MAKANAN SIHAT - Khasiat Ubi Kentang






Khasiat ubi kentang
KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari,” kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.
“Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.
“Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet,” katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Gluten
Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

28 August 2013

MAKANAN SIHAT - Khasiat Buah Limau (Sitrus)






Sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan vitamin C. Begitu jugalah dengan Ribena. Sinonim betul Ribena dengan vitamin C (pandai company ni buat marketing). Tapi apa pula khasiat vitamin C untuk kesihatan tubuh kita. Artikel kesihatan di bawah bakal menjawab persoalan kita semua. Jom baca tambah ilmu.
Tak boleh nafi khasiat sitrus
TIADA siapa dapat menafikan hakikat bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.
Ia boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan. Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.
Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.
Buahan sitrus juga :
  • baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta
  • mengurangkan risiko penyakit kanser.
  • Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan,
  • membantu mengawal tekanan darah,
  • mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta
  • membantu perkembangan otak janin.
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.
Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.
Pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus sememangnya membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa manis dan manis. Apapun, pengambilan berlebihan selain tanpa penjagaan gigi yang baik boleh menyebabkan kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana, sisa manisan yang terkumpul di dalam mulut menyebabkan karies gigi.
Penjagaan gigi dan gusi yang baik dapat mencegah daripada kerosakan gigi. Amalan itu perlu diterapkan sejak kecil dengan meminta anak berkumur selepas makan manakala gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.
Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

MAKANAN SIHAT - Kelebihan Makan Pisang






PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.
PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
Laris
Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.
Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.
Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.
Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.
“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.
“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.
“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.
“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.
Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.
Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.
“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.
“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.
“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.
Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my

27 August 2013

MAKANAN SIHAT : 6 Manfaat serai untuk kesihatan






6 Manfaat serai untuk kesihatan



Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.