Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

21 September 2013

OBESITI KANAK-KANAK - Salah Siapa?






Ramai kanak-kanak menjadi gemok sejak dari bayi lagi.

Terdapat pendapat kegemokan boleh berlaku kerana faktor keturunan. Benarkah?

Apa yang nyata adalah, pemberian makanan yang tidak seimbang dan gaya hidup adalah 2 penyumbang utama kepada kegemokan kanak-kanak.

Jika kita kaji kanak-kanak gemok disekeliling kita, kebanyakkan mereka mewarisi tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat ibubapa mereka atau salah seorang darinya atau kadangkala mewarasi salah sorang ahli keluarga mereka.

Kegemokan kanak-kanak tidak terjadi dengan sendirinya, Ibubapa atau ahli keluarga merekalah yang menjadikan mereka gemok.

Ramai ibubapa merasa bangga anak mereka "montel" dan "bulat" dan ada pula ramai yang memberi pujian kononnya ibu kanak-kanak montel itu pandai menjaga anak. Adakah ini betul?

Kesian kanak-kanak gemok yang akan menjadi bahan ejekkan dan akan rugi tidak dapat bersukan secara aktif dan selalunya lembab dalam segala urusan pergerakan fizikal. Malah ramai juga kanak-kanak gemok mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Tidak dinafikan terdapat keturunan gemok sehingga beberapa generasi ....... salah siapa?

Adakah kanak-kanak mewarisi keturunan kegemokan atau mewarisi "tabiat tidak sihat" yang menjadikan mereka gemok?

Ibubapa yang bijak akan mengawal pemakanan anak sejak dari kecil lagi.

"Sumber dari segala penyakit adalah memasukkan segala jenis makan ke dalam perut".

Salah siapa?



No comments: