Oleh: Faudzil Harun
Semua Manusia yang waras dan berperikemanusiaan sangat bersedih keatas insiden kehilangan pesawat MH370.
Keperitan yang ditanggung ahli keluarga krew dan penumpang adalah sangat berat dan tidak dapat dihuraikan dengan perkataan.
Kaki yang dulunya kuat, kini menggigil ……
Hati yang dulunya besar, kini mengecut ……
Harapan yang dulunya tinggi, kini berkecai ……
Tangisan sudah tidak terkeluar lagi ……
Tiada perkataan yang dapat dilafazkan ……
Namun, terdapat banyak pelbagai “hikmah” disebalik insiden ini
antara lainnya:
Manusia mengakui kekuasaan Tuhan yang Maha Esa.
Manusia mengakui pesawat yang kelihatan begitu besar menjadi amat kerdil di alam ciptaan Tuhan.
Peralatan canggih ciptaan manusia masih tidak hebat.
Manusia tidak boleh menandingi alam semula jadi.
dan hikmah yang lebih
penting adalah …… perkataan “racist” menjadi tidak bermakna lagi setelah
dunia melihat semua bangsa, etnik dan agama bersatu dalam misi pencarian.
Di Malaysia sendiri, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu, bersembahyang dan berdoa untuk satu tujuan.
Di Malaysia sendiri, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu, bersembahyang dan berdoa untuk satu tujuan.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar
No comments:
Post a Comment