Oleh Faudzil Harun
Manusia
dihidupkan bersama keajaiban. Bermula dari penciptaan benih kepada pembentukan
jasad, dan ditiupkan roh sehinggalah kelahiran, segalanya adalah keajaiban.
Secara amnya 9 bulan penciptaan manusia adalah bertujuan untuk manusia
menempuhi kehidupan ajaib sebelum lahir ke dunia.
Tuhan mencipta alam zahir yang terdiri dari Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, langit, bumi, gunung, lautan, sungai, tasik, matahari, bulan, bintang dan banyak lagi. Tuhan juga mencipta alam ghaib yang terdiri dari roh, angin, para malaikat, alam jin, alam barzakh, alam akhirat, alam syurga, alam neraka dan banyak lagi yang tidak kita ketahui.

Subjek
berkaitan Manusia dan kehidupan sangat luas, tetapi persoalan yang sering
timbul dan perlu dijawab adalah: Apa tujuan Manusia diciptakan?
Manusia
diciptakan hanya untuk satu tujuan ….. “Mengabdikan diri kepada Tuhan”.
Maka
segala yang dilakukan oleh Manusia dalam dunia ini mestilah berlandaskan kepada
niat untuk beribadah kepada Tuhan.
Sebagai kesimpulannya, Manusia yang mahu
menjalani kehidupan secara berkualiti mestilah hanya melakukan perkara yang
baik, positif dan berfaedah.
Namun …… Tuhan memberikan pelbagai “adventure” atau cabaran kepada Manusia agar kehidupan di dunia menjadi lebih bermakna.
Apakah yang telah anda lakukan selama ini?
Namun …… Tuhan memberikan pelbagai “adventure” atau cabaran kepada Manusia agar kehidupan di dunia menjadi lebih bermakna.
Apakah yang telah anda lakukan selama ini?
No comments:
Post a Comment