Posted on 18/06/2010 by Dr. Zubaidi
Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas
tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple
Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di
samping tutorial di hujung minggu.
Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM).
Maka soalan yang ditanya saya menjawabnya dengan penuh berlapik agar tiada hati yang terluka.
Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM).
Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan
pemahaman si pembaca. Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM
terjadi dan bagaimana MM boleh merosakkan sistem tubuh badan pesakit.
Saya pernah menerima ke masukan kes Multiple Myeloma (MM) semasa
bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pesakit itu itu berusia 60an,
pesara kerajaan dan telah dua kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya
berulang.
Penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar dikawal. Begitulah
kehendak alam. Suatu penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar ditemui
penawarnya.
Prognosis yang tidak baik
Kerisauan seorang anak bagaimana keadaan bapanya yang mengidap
penyakit MM, tentunya akan bertanya tentang prognosisnya.
”Bolehkah ayah saya sembuh? Berapa lama bapa saya akan
menderita?”
Maka tujuan saya memberitahu prognosis ini bukannya menakutkan waris mereka.
Saya juga tidak mahu pesakit menjadi putus harap. Berputus asa dengan rahmat
Allah.
Maka soalan yang ditanya saya menjawabnya dengan penuh berlapik agar tiada hati yang terluka.
Jika mengikut nota yang dikemukakan oleh International Staging System of Multiple Myeloma,
selalunya penghidap penyakit MM tidak hidup lama. Dianggarkan pesakit akan
bertahan antara 62 bulan hingga 29 bulan mengikut tahap keseriusan penyakit
ini.
Rujukan : (Greipp PR, San Miguel J, Durie BG, et al. (2005). “International staging system for multiple myeloma”.
Journal of Clinical Oncology terbitan 23 (15): muka surat 3412–20.)
Ini tidak bermakna bahawa para doktor boleh menentukan ajal dan
maut seseorang. Ini semua berdasarkan kajian census pesakit di seluruh dunia. Bukankah bagus kalau kita
sendiri diberi peringatan awal, agar ”undone
business” dapat segera dilangsaikan.
Kanser darah pada usia tua
Multiple Myeloma adalah penyakit kanser sel darah putih,
melibatkan komponen yang dikenali sebagai sel plasma. (Definasi ini diambil
dari buku text Plasma cell disorders.
In: Goldman L, Ausiello D (eds). Cecil Textbook of Medicine oleh
Prof Rajkumar SV dan Prof Kyle RA pada 23nd Edition. terbitan WB Saunders.
Philadelphia, PA. Bab 198. Mukasurat 1426-1437).
Risiko untuk menghidap penyakit MM meningkat dengan peningkatan
umur. Kebanyakan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Kurang dari 1% pesakit MM
berumur kurang dari 35 ke bawah.
Adakah ibubapa kita berisiko ?
Selain daripada faktor umur yang
lanjut, melebihi 65 tahun, kebanyakan pesakit MM dideritai oleh lelaki melebihi daripada wanita. Alasan di sebalik ini, tidak
diketahui. Hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat mengikuti kiraan census juga.
Mungkin ianya dapat dijelaskan dengan logik bahawa lelaki lebih
terdedah kepada radiasi di
tempat kerja.
Pekerja yang terlibat di bidang petrokimia juga antara yang berisiko. Harus
diingatkan, berisiko tidak bermakna harus akan mendapat penyakit itu,
tetapi kemungkinan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi daripada
orang yang tidak berisiko.
Begitu juga dengan faktor baka keturunan, jika ada di antara adik beradik atau ibubapa
penghidap MM, kemungkinan kita untuk mendapat penyakit yang sama adalah sama.
Satu kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society,
mendapati bahawa orang yang obese lebih
berisiko tinggi dari orang yang mempunyai berat yang ideal.
Segalanya bermula di kromosom DNA
MM merupakan penyakit yang kedua terbanyak (10%) dihidapi oleh
pasakit berbanding dengan pesakit kanser darah yang lain selepas penyakit
Non-Hodgkin’s Lumphoma.
Di kalangan pesakit kanser secara keseluruhannya, ia dihidapi
oleh 1% pesakit kanser.
Ini menunjukkan bahawa MM adalah penyakit yang jarang berlaku.
Walaupun banyak kajian dibuat mengenainya, namun belum ada kepastian punca
sebenar penyakit.
Pakar perubatan hanya menyebut pesakit MM mengalami perubahan
kromosom (chromosomal translocation) yang
ketara pada kromosom ke 13 dan 11.
Namun apa yang menyebabkan perubahan ini masih tidak diketahui.
Saya percaya perkara ini adalah di luar kawalan kita dan hanya Allah saja yang
mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku.
Hanya Allah juga yang melindungi kita dari penyakit ini. Ujian
Allah dalam bentuk ’pemberian’ penyakit MM adalah untuk melihat hamba manakah
yang sabar dan bersyukur.
Maka saya menyimpulkan bahawa penularan penyakit ini di luar
kawalan kita dan dibawah kekuasaan dan kehendak Allah. Seharusnya kita sering
berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh
kita.
Perubahan pada tulang sum-sum (bone
marrow)
Sel plasma penting dalam sistem imuniti kita kerana membentuk
antibodi. Antibodi ini dihasilkan di dalam tulang sum-sum (bone marrow) dan dihantar ke seluruh badan melalui sistem
limfatik (lymphatic system).
Pada kebiasaannya sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang
menghasilkan dan mengeluarkan antibodi. Akibat terjadinya perubahan kromosom (chromosomal translocation), tubuh kita
menghasilkan malignan sel plasma cells (jenis sel-B) yang dikeluarkan secara
tidak terkawal.
Sel plasma Multiple myeloma akan tetap tinggal di tulang sum-sum
(bone marrow) di beberapa tulang
seperti tulang belakang (spine),
tulang tengkorak (skull), atau tulang rusuk (ribs). Sel plasma ini menyebabkan peningkatan akitivti osteclastic , iaitu proses di mana calcium
meninggalkan tulang dan berada di dalam darah.
Keadaan ini menyebabkan tulang itu menjadi rapuh (osteoporosis) akibat ‘penghakisan’ ini (disebut lytic lesions), dan hypercalcemia ( terlalu banyak
kandungan calcium dalam darah).
Sel-sel Multiple myeloma meghasilkan monoclonal protein yang
banyak dikenali sebagai M
proteins, yang boleh dikesan dengan kaedah protein electophoresis, ianya juga boleh
dikesan di air kencing ,dikenali sebagai Bence-Jones proteins.
Penyakit misteri yang sukar didiagnosa
Tidak semua penyakit dapat dikesan dengan mudah. MM adalah salah
satu daripadanya. Keluhan pesakit sangat tidak specifik. Pesakit mungkin
mengadu pening kepala dan sukar bernafas.
Keadaan pesakit semakin teruk sehingga jelas bahawa mengalami
MM. Namun mungkin ketika itu pesakit telah berputus asa dari perubatan moden
yang dirawat dari klinik-klinik sahaja. Lalu pesakit cuba menjalani perubatan
bomoh yang mengatakan ianya penyakit buatan orang akibat hasad dengki.
Paling menyedihkan kaum kerabat sendiri dituduh oleh bomoh
sebagai orang yang menghantar ’guna-guna’ untuk menyusahkan dirinya. Apabila
keadaan semakin teruk dihantar pula ke hospital kerana kononnya ’bomoh tidak
berjaya untuk menundukkan guna-guna itu’.
Di hospital, doktor mengatakan dia sudah parah dan terlambat
untuk dirawat. Akhirnya pesakit dibawa pulang. Keluarga pesakit mengatakan
“Doktor di hospital tak buat apa-apa !” Sungguh menyedihkan!
Ini fenomena biasa yang saya alami ketika bekerja di Hospital
Sultanah Aminah Johor Bahru Johor. Peliknya hanya pesakit berbangsa Melayu yang
beragama Islam yang menjadi mengsa keadaan seperti ini.
Tip of iceberg
Multiple Myeloma bukanlah penyakit misteri yang disebabkan oleh
makhluk halus atau buatan orang. Namun MM sangat sukar didiagnosa kerana ianya
ibarat ”tip of the iceberg”. Ini bermakna apa yang dapat dilihat di permukaan
laut hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang berada di dalam aras laut.
Apa yang dikeluhkan oleh pesakit adalah sebahagian kecil
perubahan yang sedang berlaku akibat perubahan yang besar dalam tubuhnya.
Pemeriksaan darah dan xrayyang
rutin tidak dapat mengesan penyakit ini.
Jadi janganlah berputus asa jika pemeriksaan rutin tidak
mendiagnosa apa-apa penyakit. Namun saya percaya, pemeriksaan rutin yang teliti
memberikan clue untuk
doktor mengesyorkan kepada pesakit menjalankan pemeriksaan lanjut.
Jika telah disahkan menghidap MM, ianya boleh dikawal dengan
rawatan. Ini bermakna tanpa rawatan yang betul, penyakit MM akan merosakkan
seluruh sistem tubuh kita dengan kadar yang cepat seterusnya akan menyebabkan
pesakit menemui ajal dengan lebih cepat lagi.
Kesakitan pada tulang
Multiple Myeloma menyebabkan kesakitan pada tulang terutama
tulang belakang (spine) dan tulang rusuk (ribs).
Akibat kesakitan ini pergerakan terhad dan rutin sehariannya
terjejas.
Jika kesakitannya hanya berada di satu tempat, kemungkinan ianya
disebabkan oleh tulang telah patah (bone
fracture) akibat osteophorosis.
Jika ianya melibat tulang belakang ianya akan menyebabkan
kelumpuhan (paralysis)
akibat terjejas saraf tunjang akibat spinal cord
compression. Ii menyebabkan pesakit
tidak dapat mengawal kencing dan berak.
Tulang menjadi rapuh akibat kalsium pada tiulang diserap keluar
menyebabkan jika dibuat pemeriksaan darah, didapati kandungan kalsium dalam
darah amat tinggi (hypercalcemia).
Demam yang rendah atau dedar
Penghasilan antibodi juga terjejas. Ini bermakna sistem imuniti
dalam badan tidak berfungsi dengan baik . Akibatnya pesakit kadang kala mengadu
demam, yang ada kalanya tidak terlalu kuat (orang Johor mengatakan “dedar”)
Ada pesakit yang mengadu sukar bernafas disertai demam yang
tinggi. Pemeriksaan xray di
dapati paru-parunya bermasalah dan doktor hanya memberikan diagnosanya
sebagai pneumonia. Ianya
boleh dirawat untuk sementara dengan antibiotik yang sesuai.
Tidak kurang yang mengadu mengalami masalah membuang air kecil
iaitu sakit ketika kencing dan tidak lawas. Pemeriksaan urine mendapati ada jangkitan kuman di dalam air
kencing.
Malah ada ketikanya ianya menyebabkan jangkitan kuman sehingga
ke ginjal,pyelonephritis menyebabkan
bernanah di buah pinggang.
Akhirnya pesakit mendapat penyakit kerosakan
ginjal (renal failure). Ini
semua akibat tahap immuniti yang rendah.
Begitu juga kadang kala pesakit berkeadaan lemah, pucat lesi dan
tidak bertenaga. Pesakit kadang kala menggeletar, tidak tahan sejuk, pening dan
pelbagai lagi rungutan yang tidak specifik.
Pemeriksaan darah secara routine mendapati pesakit menghidap
anemia, iaitu kandungan haemoglobin rendah dalam darah. Oksigen tidak dapat
dibawa oleh haemoglobin menyebabkan
pesakit mengalami lemah, penat susuah bernafas dan plebagai sungutan tadi.
Apa yang sering menjadi rungut pesakit mesteri ini ialah rasa
lemah badan, kadang kala keliru dan emah badan tidak bertenaga. Ini semua
disebabkan oleh kandungan kalsium dalam darah yang amat tinggi (hypercalcaemia).
Cuba ikuti lagi cerita ini. Selain itu pesakit mengadu masalah
sakit kepala, pandangan mata berkabur, susah mengawal kencing dan berak (akiat
kerosakan pada saraf tunjang , spinal
cord), rasa kebas pada tangan.
Kelemahan pada anggota tubuh menyebabkan pesakit tidak mampu
bekerja. Pesakit tidak berdaya untuk berjalan dan mengangkat tangan (disebabkan
oleh serangan amyloid pada
saraf tangan dan kaki). Ada kalanya ianya seperti pesakit stroke yang tidak boleh mengangkat tangan dan kaki di sebelah
badan (paraplegia)
Doktor yang mengesyaki MM pada pesakit akan membuat pemeriksaan
darah untuk serum protein electrophoresis menunjukkan peningkatan secara mendadakparaprotein di
gamma zone pada pesakit MM.
Mengawal dan Mengurangkan sel kanser
Rawatan untuk MM difokukan pada aktiviti mengawal dan
mengurangkan (containment and suppression) sel-sel kanser dengan rawatan
kemoterapi.
Keadaan ini tidak dinamakan sembuh. Ianya adalah replase elepas rawatan, namun
bergantung kepada keadaan pesakit semasa rawatan itu dijalankan. Pesakit
merasakan beransur pulih, namun harus diingatkan lagi bahawa ianya sebenarnya
relapse, pesakit akan mengalami kesakitan itu jika tidak dimonitor.
Namun apa yang dibimbangkan apabila pesakit mengalami keadaan
dinamakan, “treatment resistance”
di mana rawtan kimoterapi yang biasa diambil tidak lagi berkesan, namun
boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan kemoterapi yang baru.
Kesimpulannya MM adalah penyakit yang ”dapat” tanpa ”dicari”,
menandakan ketahanan badan semakin uzur dan memasuki fasa berundur. Apa yang
perlu ialah ketabahan menghadapinya dan berfikir panjang, dan mulakan
langkah-langkah menginsafi diri.