Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Prosiding

Oleh Faudzil Harun 
















Nota Prosiding

Nota tanya siasat dalaman adalah dokumen sangat penting kerana ia adalah bukti kepada bagaimana sesi di adakan dan keadilan yang di praktikkan.

Rumusan yang akan di lakukan oleh ahli panel juga akan berpandukan nota yang sama.
Nota menjadi dokumen penting skiranya kes di panjangkan ke Mahkamah Perusahaan.
Pengerusi harus mencatitkan nota sepanjang sesi tersebut.


Berikut adalah garis panduan penulisan nota :

1.  
Nota hendaklah bermula dengan tajuk yang menerangkan dokumen tersebut.



Contoh :
Nota Sesi Tanya-Siasat Dalaman di atas tuduhan ke atas Mohd Ada Aku bin Kesah yang telah di adakan pada hari ke dua belas (12) Julai, 2013 dari jam 03:00ptg hingga jam 06:00ptg di Bilik Mesyuarat Sukahati, Aras 79, No. 66, Jalan Seremban, Tampin, 70450 Negri Sembilan.   

Peserta yang hadir terdiri dari :

1.  Mr. Mow Leh Sen                                  -           Pengerusi
2.  Mr. Pak Mad bin Tempe                      -           Ahli Panel (2)
3.  Ms. Dengarito Bechok                         -           Ahli Panel (3)
4.  Mr. Cakap bin Tekan                           -           Pegawai Pendakwa
5.  Mr. Mohd Jin bin Toncet                      -           Pekerja yang di tuduh
6.  Mr. Tenggelam Singh                          -           Pegawai Kesatuan Sekerja
7.  Ms. Bedah binti Joyah                         -           Saksi Majikan (1)
8.  Mr. Agak Nampak bin Lihat                -           Saksi Majikan (2)
9.  Mr. Selamat bin Jalan                         -           Saksi Pekerja yang di tuduh


2.  Nota harus di catitkan dalam format soal dan jawab.

3.  Setiap pengumuman dan pertanyaan oleh pengerusi atau ahli panel mesti di catitkan.

4.  Setiap soalan oleh pegawai pendakwa mesti di catitkan.

5.  Setiap Jawapan, pertanyaan atau permohonan pekerja yang di tuduh dan pegawai 
     kesatuan sekerja perlu di catitkan.

6.  Setiap jawapan saksi kedua-dua pihak mesti di catitkan.

7.  Nota harus menunjukkan dengan jelas siapa yang bertanya dan siapa yang menjawab.

8.  Penggunaan singkatan adalah di benarkan.


Contoh Singkatan :
CH      :           Chairman
PMR   :           Panel Member Ramesh
PMD   :           Panel Member Dengarito
PO      :           Prosecuting Officer
CL       :           Claimant
CW1   :           Company Witness No. 1
CW2   :           Company Witness No. 2
CLW   :           Claimant’s Witness



9.  Semua bukti yang di ambil pakai perlu di catitkan.

10. Setiap perkara penting yang berlaku mesti di catitkan. 


Contoh :
Pengerusi memberikan rehat untuk tempoh 15 minit atau pekerja yang di tuduh bangun dan menendang kerusi lalu meninggalkan bilik dan tidak kembali lagi.

11.  Pandangan atau rumusan ahli panel perlu di catitkan.


Mengambil Bukti

Mengambil bukti harus di lakukan dengan berhati-hati. Bukti yang di kemukan oleh kedua-dua pihak harus lengkap dan berkaitan dengan kes. Walaupun undang-undang bukti tidak perlu di patuhi, namun bukti mungkin di prlukan sbagai dokumen penting di Mahkamah Perusahaan.

Bukti harus di tandakan dengan jelas dan di catitkan di dalam nota.

Dalam bebrapa prosidimg Mahkamah mendapati keterangan saksi di mekukakan tanpa kehadiran saksi adalah tidak relevan.


Memanggil Saksi

Pekerja yang di tuduh mesti di berikan peluang untuk mendengar keterangan setiap saksi dan menyoal balas setiap saksi tanpa di ganggu.

Majikan perlu menyediakan saksi tanpa halangan tanpa mengira apa jawatan yang di sandang saksi tersebut.


Panduan Perjalanan Prosiding

1.   Pengerusi memastikan kehadiran peserta yang perlu hadir.

2.   Individu bukan pekerja tidak di benarkan hadir mewakili mana-mana pihak kecuali
      sebagai saksi.

3.   Saksi tidak perlu berada dalam kamar sesi melainkan di panggil.
4.   Pengerusi memulakan dengan memperkenalkan ahli penal dan pegawai pendakwa.

5.   Pengerusi menjelaskan tujuan sesi diadakan.

6.   Pengerusi membacakan tuduhan dan bertanya pekerja yang di tuduh adakah
      memahami tuduhan yang si sebutkan itu?

7.   Jika pekerja memahami, pengerusi hendaklah bertanya pendirian pekerja terhadap
      tuduhan yang di buat ke atasnya, sama ada mengaku bersalah atau tidak?

8.   Jika pekerja mengaku bersalah, tanyakan jika pekerja mahu memberikan penjelasan
      kepada ahli panel berkaitan insiden atau jika pekerja mahu membuat rayuan. Pegawai
      pendakwa boleh mendengar tetapi tidak perlu menyoal pekerja.

9.   Jika pekerja tidak mengaku bersalah, pengerusi meminta pegawai pendakwa
      membentangkan kes dan hasil siasatannya.

10. Pegawai pendakwa di benarkan memanggil saksi (satu pada satu masa) dan menyoal
      saksi di hadapan pekerja yang di tuduh.

11. Pekerja yang dituduh di benarkan menyoal balas saksi majikan.


12. Selepas pegawai pendakwa selesai membentangkan kes, pekerja yang di tuduh boleh
     memanggil saksinya (satu pada satu masa) dan menyoal saksi di hadapan pegawai
     pendakwa.

13. Pegawai di benarkan menyoal balas saksi pekerja.

14.  Selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan bukti menerusi saksi masing-masing,
      pengerusi akan benarkan pegawai pendakwa menyoal pekerja yang di tuduh.

15. Sebagai aktiviti akhir, pengerusi akan meminta pegawai pendakwa dan pekerja yang
      di tuduh membuat kesimpulan mereka. Pengerusi harus menerangkan bahawa pekerja
      boleh mengemukakan factor mitigasi dan rayuan jika ada.

16. Pengerusi akan meminta pegawai pendakwa dan pekerja yang di tuduh membaca nota
      yang di catitkan pengerusi dan meminta semua pihak menurunkan tandatangan
      sebagai mengesahkan nota tersebut.

17. Pengerusi menamatkan sesi.

18. Pengerusi dan ahli panel hendaklah mencatitkan pandangan ahli panel setelah
     mendengar prosiding.

No comments: