Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

17 September 2013

OBESITI - Faktor Penyumbang Kepada Obesiti







Faktor Persekitaran
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. 

Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.



Faktor Keturunan
Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.

Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.

Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.

Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. 

Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga

Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.



Faktor Pemakanan
Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.



Faktor Penggunaan Tenaga 
Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang. Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu. Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya.

Metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.

Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. 

Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal. Jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.



Faktor Budaya Makan Malam
Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, 

Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.  

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam.

Mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Namun, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

2 comments:

fatimah said...

Perkongsian info yang sangat menarik. :)

Nurdiana Aniff said...

Perkongsian yang menyeluruh dan padat. Berkesempatan lawati blog kindhearty.blogspot.com