Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

17 September 2013

OBESITI - Masalah Utama Pengidap Obesiti






Masalah Kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus


Masalah Psikologi


Gangguan Emosi
Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. 

Orang gemuk dahagakan kasih-sayang ibu, masakan ibu sebagai simbol
kasih terhadap mereka. Kelebihan makan dianggap sebagai pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam hidupnya.

Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidak lebih terganggu secara psikologi. 

Orang gemuk selalunya mengalami tekanan untuk menguruskan badan kerana walaupun mereka mungkin cantik, namun tubuh langsing di kaitkan dengan kecantikan.

Orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukaran mengendalikan diri terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan mereka cenderung makan lebih banyak kerana tertekan,cemas dan membuktikan kebenaran.

Orang gemuk makan lebih banyak masa dalam suatu keadaan yang sangat tertekan. Manakala orang yang dalam keadaam normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (Mckenna,1999). 

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang yang gemuk dan kumpulan orang yang tidak gemuk dengan menyajikan kerepek (makanan ringan). 

Setelah mereka menonton 4 jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan, hasilnya orang gemuk lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang cemas atau suspens di bandingakan setelah menonton filem yang membosankan. 

Sedangkan orang yang tidak gemuk memiliki selera makan kerepek yang sama semasa menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.



Gangguan Mental
Obesiti bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada kesihatan mental hasil interaksi sosial bersama komuniti.

Orang gemuk selalu menjadi perhatian dan selalu juga diejek. Kesan diejek pada usia muda akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu.



Gangguan Sosial
Hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.

Oleh sebab itu, taburan penduduk di Malaysia akan menjadi semakin berkurangan. Hal ini akan menyebabkan banyak masalah seperti bekalan sumber alam tidak dapat dieksploitasi dalam tahap yang optimum. Di samping itu, bebanan kerajaan akan menjadi berat apabila bilangan warga emas demi hari demi meningkat. Kesannya, proses pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan terbantut.


No comments: