Kisah Benar
Pakar Bedah dengan Pesawat Yang Rosak
Kisah
benar berlaku di Pakistan.
Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.
Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.
Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"
Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."
Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.
Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"
Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata:
"Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.
Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."
Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"
Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"
Wanita tua itu berkata:
"Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak:
"Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."
Jangan berputus asa untuk berdoa.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Sumber:
http://detikislam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment