Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Suku Madura di Indonesia jumlahnya kira-kira 20 juta orang. Mereka berasal dari Pulau
Madura dan pulau-pulau sekitarnya, umpamanya Gili Raja, Pulau Sapudi, Pulau Raas,
dan Kangean. Selain itu, mereka juga tinggal di bahagian timur Jawa Timur, dari Pasuruan
hingga ke Banyuwangi utara, serta di provinsi-provinsi lain seperti Sampit dan Sambas di
Kalimantan serta ke Jakarta,Tanggerang,Depok,Bogor,Bekasi,dan sekitarnya, juga Negara
Timur Tengah khususnya Saudi Arabia. Orang Madura di Situbondo serta Bondowoso dan
Probolinggo , Jember , Malang , surabaya utara jumlahnya paling banyak, dan jarang
berbahasa Jawa.
Orang Madura umumnya adalah orang yang suka merantau kerana keadaan wilayahnya
yang tidak baik untuk bertani. Mereka suka berdagang dan merupakan golongan dominan
di pasar-pasar. Selain itu, banyak juga yang bekerja sebagai nelayan, buruh, serta
pengumpul besi terpakai dan rongsokan, antara lain.serta beberapa ada yang berhasil
menjadi, Tekonokrat, Biokrat, Mentri atau Pangkat tinggi di dunia militer.
Suku Madura terkenal kerana gaya bicara mereka yang terus terang serta sifat yang keras
dan mudah tersinggung, tetapi mereka juga dikenali kerana berjimat cermat, berdisiplin,
dan rajin bekerja. Orang Madura, walaupun jika miskin, pasti menguntukkan sedikit wang
supaya dapat naik haji. Selain itu, mereka dikenali mempunyai tradisi Islam yang kuat,
sekalipun kekadang melakukan upacara amal Pethik Laut atau Rokat Tasse (sama dengan
Larung Sesaji).
Bangga kendiri juga amat penting dalam kehidupan orang Madura. Mereka mempunyai
sepatah peribahasa "Lebbi Bagus Pote Tollang, atembang Pote Mata" yang membawa
pengertian "lebih baik mati (putih tulang) daripada malu (putih mata)". Tradisi
pertarungan carok juga berasal daripada sifat itu.
Jumlah penduduk |
---|
2010: Lebih kurang 20 juta |
Kawasan ramai penduduk |
Madura: 4 juta
Jawa Timur daratan: 12 juta
|
Bahasa |
Bahasa Madura, bahasa Jawa, dan bahasa Indonesia.
|
Agama |
Sebahagian besar Islam, dan sebahagian minoriti yang beragama Kristian
|
Kelompok etnik berkaitan |
Suku Jawa dan suku Melayu
|
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Madura
No comments:
Post a Comment