Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

12 October 2014

KUMPULAN MANUSIA - Orang Seletar






Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Seletar merupakan salah satu dari 18 suku yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong di dalam kumpulan Melayu Proto iaitu salah satu dari 3 kumpulan utama kaum Orang Asli. Orang Seletar juga dikenali sebagai Sea Gypsies. Mereka bertutur Bahasa Orang Seletar.

Sejarah

Orang Seletar dipercayai berasal dari Pulau Seletar dan Seletar, Singapura. Mereka adalah penduduk pribumi Singapura dan antara yang terawal menetap di pulau tersebut.

Suatu ketika dahulu, Orang Seletar adalah sebahagian dari kaum Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Walau bagaimanapun, kini mereka sudah tinggal di kawasan darat Semenanjung Malaysia serta memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri.

Meskipun Orang Seletar pada asalnya adalah sebahagian dari kaum Orang Laut, namun kini kerajaan Malaysia telah mengkategorikan suku mereka sebagai sebahagian dari kaum Orang Asli.

Kawasan Penempatan Dan Cara Hidup

Secara tradisinya, Orang Seletar bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka sering hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka.

Orang Seletar kini tinggal di kawasan penempatan yang lebih teratur di selatan negeri Johor seperti Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme tetapi ada di antara mereka yang telah menganut agama Islam.

Ada di antara mereka yang sudah bekerja di kilang perindustrian. Mereka juga kini menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Malahan, ada di kalangan mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Seletar

No comments: