Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah.
Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa.
Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan.
Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.
Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran, Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas
dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek
Paitanik. Cth ayat :
dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek
Paitanik. Cth ayat :
- Ombo kiat mu yuk? (Kamu dari mana yuk)
ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan
bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza
dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di
kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :
bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza
dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di
kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :
- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai) - lihat " tulun" yg juga bermaksud
Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu".
Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu".
iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti
Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :
Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :
- Mbah suruu kau (Pergi mana kau).
Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.
Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang, masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.
Orang Sungai | |
---|---|
Rantau dengan penduduk penting | Kinabatangan, Beluran, Kota Marudu, Sandakan |
Bahasa | Bahasa Sungai, Bahasa Melayu |
Agama | Islam, Kristian, Animisme |
Kelompok etnik terdekat | Kadazan-Dusun |
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Sungai
No comments:
Post a Comment