Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

6 October 2014

RAWAT HATI - RIAK AMAL IBADAT






RIAK MEMPERLIHATKAN AMAL IBADAT
Istilah riak berasal daripada kata akar lihat". Orang yang riak ingin memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.

Imam al-Ghazali berkata: "Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."

Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."

PENAWAR RIAK
Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)

Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat.

Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa.

Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: "Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)

Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia.

PEDOMAN MENGHINDARI RIAK
Tak perlulah beritahu orang atau tunjuk gambar sedekah yang telah kita berikan, pertolongan yang telah kita hulurkan, ibadah yang telah dilaksanakan, masjid mana kita solat tadi, Majlis Agama apa yang kita hadiri kerana ia memiliki ciri-ciri riak walaupun kita tidak berniat begitu kerana apabila orang mula memuji dan memberikan sanjungan ...... maka sia-sia lah ibadah kita itu kerana "riak menghapuskan amalan"

Hanya Allah yang maha mengetahui.


No comments: