Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

13 October 2014

SALAH SIAPA? - Kegilaan Kanak-Kanak Main Game





Oleh Faudzil



DULU ......

●  Minum susu ikut masa
●  Makan ikut masa
●  Tidur ikut masa
●  Petang main bola atau permainan lain
●  Ramai kawan dan pandai berkawan
●  Bertegur sapa dengan orang tua
●  Pandai hormat orang tua

SEKARANG ......

●  Minum susu sambil main game
●  Makan sambil main game
●  Meneriap sambil main game
●  Terlentang sambil main game
●  Dalam buai main game
●  Dalam kereta main game
●  Nak tidur sambil peluk bantal busuk main game

PERHATIKAN BUDAK & ANAK KECIL YANG GILA MAIN GAME

●  Makan tak ikut masa
●  Minum susu tak ikut masa
●  Kurang tidur
●  Kurang beri perhatian kepada ibubapa
●  Kurang kelipkan mata semasa main game
●  Mudah marah
●  Selalu bergaduh rebutkan game
●  Selalu merengek mahukan game
●  Suka hempaskan game
●  Kurang bersenam
●  Jarang bergaul dengan rakan sebaya
●  Tidak pandai hormat dan salam orang tua

Kegilaan main game memberi kesan negatif kepada mata dan sistem penglihatan, merencatkan pertumbuhan kreativiti dan penyertaan dalam kehidupan sosial sewaktu proses pembesaran, tidak cenderung kepada aktiviti bersenam.

Mata dan sistem penglihatan kanak2 masih lagi dalam peringkat perkembangan dan sangat mudah menerima kesan gangguan kepada sistem penglihatan dalam jangka masa panjang.

Ahli-ahli psikologi percaya bahawa ia telah menyebabkan kanak-kanak ini cenderung untuk kurang bersikap empati, antisosial, kurang menguasai kemahiran sosial, malah yang lebih menakutkan, menjadikan mereka semakin ganas.

Apa yang lebih menakutkan ada permainan-permainan tertentu yang menyebabkan kesan yang negatif terhadap personaliti anak-anak seperti mudah mencetuskan perasaan marah, langsang (agresif) dan berdendam.

Tumpuan melampau terhadap permainan-permainan video ini juga boleh menjejaskan pelajaran mereka.

Mereka kurang berinteraksi dan berkongsi emosi dengan rakan-rakan sebaya yang lain, permainan video hanya memberikan mereka cabaran dan persaingan.

Terdapat kajian yang menunjukkan berlaku perubahan aktiviti otak bagi mereka yang ketagih permainan dalam talian. Ia merupakan simptom yang sama dihadapi oleh pesakit yang mengalami ketagihan dadah.

Bayangkan, kalau perkara ini berterusan, apa yang bakal berlaku terhadap anak-anak di Negara ini?. 

Mereka patut membesar untuk menjadi manusia yang mampu menghadapi dunia realiti dan bukan dunia khayalan yang diciptakan oleh permainan moden ini.

Ibubapa seharusnya membangunkan minda anak-anak, membawa anak-anak mereka melawat kaum keluarga atau tempat menarik. Mereka perlu tahu yang mereka juga sebahagian daripada komuniti besar di negara ini.

Yang paling penting, bawa anak-anak ke dunia realiti.

SEKARANG FIKIRKAN ……

Siapa yang berikan game itu kepada anak-anak ini?
Siapa yang merosakkan minda anak-anak ini?
Siapa yang akan rugi?

Siapa??????



No comments: