MENEROKAI POTENSI DIRI
Oleh
Faudzil Harun
1. MANUSIA
1.1 BAGAIMANA MANUSIA BERBEZA?
Secara amnya, 3 faktor utama yang membezakan manusia adalah biologi, budaya dan kepercayaan.
Biologi
Biologi membezakan manusia dari aspek gen (kecuali anak kembar seiras) dan bentuk fizikal (jantina, saiz, warna kulit, warna rambut dan segala yang berkaitan dengan bentuk fizikal manusia).
Budaya
Budaya adalah segala amalan dalam proses manusia dibesarkan. Cara seorang itu di besarkan akan membentuk budaya dalam diri, keluarga dan kelompok atau kaum. Budaya di pamerkan dalam kehidupan seharian menerusi bahasa, loghat, pakaian dan cara hidup.
Kepercayaan
Sistem kepercayaan Manusia adalah suatu yang sangat kompleks untuk difahami. Kepercayaan manusia selalunya di dodorongi pengaruh Ibubapa, orang di sekeliling mereka, fakta teori, bukti, pengalaman diri sendiri, apa yang mereka tahu dan naluri.
● Kepercayaan Membina Nilai
Secara umumnya nilai manusia terbahagi kepada 2 kategori : majoriti dan
elit. Perbezaan nilai di lihat dari aspek kebolehan berfikir, tindakan dan hasil.
Perbezaan tersebut boleh di ringkaskan seperti berikut:
Perbezaan
|
Manusia Majoriti
|
Manusia Elit
|
Kepercayaan
|
Betul
dan salah
|
Fleksibel
|
Pemikiran
|
Positif
dan negatif
|
Positif
|
Perasaan
|
Telah
mengetahui banyak perkara
|
Ingin
terus belajar
|
Hasil
Pembelajaran
|
Tidak
menggunakan ilmu yang di pelajari
|
Mengunakan
ilmu yang
di
pelajari dalam kehidupan harian
|
Amalan
|
Melakukan
perkara yang rutin
|
Cuba
lakukan dengan cara berbeza
|
Tabiat
|
Selalu
memberi alasan
|
Selalu
mencari jalan
|
Cara
Kerja
|
Lakukan
mengikut keperluan semasa
|
Lakukan
untuk masa hadapan
|
Hasil
Kerja
|
Sekadar
“janji buat”
|
Kerja
yang berlualiti
|
Usaha
|
Lakukan
yang baik
|
Melaksanakan
yang terbaik
|
Ego
|
Rasa
lebih bijak dari orang lain
|
Menghargai
pengetahuan dan pengalaman orang lain
|
Kepuasan
Diri
|
Puas
hati dengan pencapaian yang sederhana
|
Mahu
mencapai lebih banyak kejayaan
|
Daya
Kepimpinan
|
Menambah
pengikut
|
Melahirkan
lebih ramai pemimpim
|
Kualiti
Kepimpinan
|
Baik
atau sederhana
|
Cemerlang
|
1.2 35 SIKAP
NEGATIF DALAM DIRI MANUSIA
Manusia secara amnya adalah makhluk yang baik, cuma selalunya sukar membenteng diri dari sikap-sikap negatif. Pernahkah anda membuat semakan terhadap diri sendiri?
Senarai 35 sikap negatif dalam diri bertujuan di jadikan panduan untuk memperbaiki diri.
1. Tidak pernah bersyukur dan tidak menghargai diri sendiri.
2. Sukar memberi senyuman.
3. Suka marah.
4. Suka menggunakan bahasa tidak sopan atau sindiran.
5. Angkuh dan bangga dengan diri sendiri.
6. Tamak
7. Haloba
8. Tidak menjaga kebersihan diri.
9. Tidak makan makanan seimbang.
10. Tidak bersenam.
11. Malas untuk belajar perkara yang baru.
12. Malu bertanya.
13. Suka menangguhkan kerja.
14. Suka memberi alasan.
15. Selalu membuat andaian negatif.
16. Selalu merasakan diri lebih pandai dari orang lain.
17. Selalu pandang rendah kepada bakat dan kebolehan orang.
18. Sukar menerima pendapat orang lain.
19. Suka salahkan orang.
20. Tidak mahu mengaku kesalahan dan meminta maaf.
21. Sukar memaafkan kesalahan orang.
22. Takut mengambil risiko.
23. Suka memberi komen negatif.
24. Suka ambil kesempatan terhadap kebaikan orang.
25. Suka ambil kesempatan di atas kelemahan orang.
26. Selalu buruk sang kepada orang.
27. Suka memberi dorongan negatif kepada orang lain.
28. Sakit hati dengan kejayaan orang.
29. Gembira melihat kegagalan orang.
30. Suka menjatuhkan maruah orang lain.
31. Suka membuat tuduhan liar.
32. Selalu membuat janji palsu.
33. Suka mencipta cerita untuk memburukan orang.
34. Suka berbohong.
35. Hanya pentingkan diri sendiri.
1.3
PENGENALAN KEPADA SEGITIGA KESIHATAN
Apakah Segitiga Kesihatan Seimbang?
Apakah Segitiga Kesihatan Seimbang?
Kesihatan,
seperti yang ditakrifkan oleh WHO, adalah fizikal, mental dan kesejahteraan
sosial, bukan semata-mata ketiadaan penyakit.
Ini bermakna bahawa anda mungkin
tidak sakit, tetapi anda mungkin tidak sihat. Sedangkan menjadi sihat anda
sihat dari segi fizikal, mental, dan sosial. Kesihatan fizikal adalah bagaimana
badan anda berfungsi dan merasakan di dalam dan di luar.
Kesihatan mental
adalah bagaimana anda rasa; emosi anda. Kesihatan sosial ialah bagaimana anda
berinteraksi dan bergaul dengan orang lain.
Bayangkan sebuah
segitiga sama sisi dengan tiga pihak. Satu bermaksud fizikal, satu untuk
mental, dan satu lagi untuk sosial. Ini membentuk segitiga kesihatan. Dalam
usaha untuk mempunyai sebuah segitiga kesihatan yang seimbang, anda perlu bukan
sahaja cergas, tetapi mental dan sosial yang sihat. Jika anda tidak cergas,
sebagai contoh, yang memberi kesan kepada bahagian mental juga, kerana anda
mungkin tidak gembira dengan berat badan anda. Jika anda tidak sosial
dengan baik, yang sisi segitiga kesihatan menjadi lebih kecil.
Panduan Mendapatkan Segitiga Kesihatan Seimbang
>> Fizikal

1. Makan makanan yang sihat
● Pemakanan sihat adalah langkah pertama ke arah menjadi cergas.
● Vitamin adalah penting untuk tulang, kulit , otot , saraf, dan sistem imun.
● Makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah ikan , lobak merah , susu,
keju, dan bayam.
● Vitamin B terdapat dalam yogurt, brokoli, kentang, ketam, strawberi,
betik dan buah kiwi.
● Vitamin D terdapat dengan banyaknya dalam ikan salmon dan sardin.
● Untuk Vitamin E makan ayam, badam dan walnut.
● Makan yang mengandungi Vitamin K adalah kacang kuda, asparagus,
dan brokoli.
● Kalsium, Zat Besi, Serat, Sodium, Kalium dan Zink juga penting untuk
membina badan yang sihat.

2. Minum air yang banyak
● Tubuh Manusia memerlukan air yang cukup dan kekurangan air akan
membuatkan anda mudah penat. Kurangkan air yang manis.
● Kurangkan pengambilan garam, gula dan minyak.

3. Bersenam Secara Tetap
● Bersenam 20 minit sehari untuk kesihatan jantung dan pernafasan.

4. Dapatkan tidur yang cukup
● Menurut pakar kesihatan, orang dewasa perlu tidur 7 hingga 9 jam.
● Jika anda sukar tidur, dapatkan bantuan dari pakar kesihatan.
5. Jaga kebersihan diri
● Kebersihan diri juga penting untuk memastikan risiko jangkitan kuman
dikurangkan.
● Sentiasa pastikan segala peralatan yang digunakan juga bersih.
>> Mental

1. Rehatkan otak anda
● Bersantai seperti berkelah, berenang, melancung atau melakukan
perkara yang digemari (hobi) boleh merehatkan otak.
● Amalan bersendiri selama 1 – 2 jam bersendirian boleh memberikan
ketenangan.
● Aktiviti seperti yoga dan meditasi boleh melonggarkan tekanan kepada
minda.
2. Amalan disiplin diri yang tinggi
● Melakukan perjalanan lebih awal akan menjadikan anda seorang yang
berdisiplin tinggi.
3. Jangan lakukan banyak perkara dalam suatu tempuh yang sama atau
berdekatan seperti pindah rumah, memperbaharui lessen kenderaan,
mengadakan majlis dalam minggu yang sama akan membina tekanan
kepada diri anda.

4. Luahkan perasaan dan masalah dengan cara yang
betul
● Hanya orang yang berkelayakkan boleh membantu.
● Menulis, bercerita dan melukis boleh membantu meluahkan perasaan.

2. OTAK MANUSIA DAN PEMIKIRAN
2.1 PENGENALAN KEPADA
OTAK MANUSIA
Otak merupakan titik permulaan aktiviti fizikal dan mental. Otak
Manusia boleh ibaratkan sebagai mesin dalam tubuh manusia. Mesin ini mempunyai
segala jenis sifat yang kita tidak boleh senaraikan. Mesin ini memiliki
kemampuan luar biasa. Apa sahaja yang Manusia fikirkan akan dikesan dengan
sangat cepat oleh otak. Kemampuan otak melampaui batasan pemikiran Manusia itu
sendiri. Ia boleh berfungsi secara visual, audio, gambaran, perkataan, angka,
warna dan pelbagai lagi.
Otak berfungsi melaksanakan pelbagai tugas yang luarbiasa antara lainnya :

● Mengawal pernafasan, degupan jantung, tekanan darah dan suhu badan.
● Membolehkan Manusia berfikir, berimaginasi dan bermimpi.
● Membolehkan Manusia melihat, mendengar, hidu, rasa dan sentuh.
● Mengawal pergerakan fizikal, penglihatan, percakapan dan pendengaran.
● Memproses maklumat yang diterima dari semua deria.
Semua ini di kawal dan diselenggara oleh satu organ yang hanya sebesar sebuah bunga kobis.
Otak Manusia, saraf tunjang dan saraf periferal membentuk sistem kawalan dan pemprosesan maklumat bersepadu yang kompleks yang dikenali sebagai “sistem saraf pusat” (central nervous system). Secara seiring, ia mengawal minda sedar dan separa sedar Manusia. Kajian terhadap otak dan sistem saraf di kenali sebagai “neuroscience” atau “neurobiology”.
2.2 PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN
Pemikiran secara amnya boleh ditafsirkan sebagai suatu proses menggunakan kepintaran berfikir atau pertimbangan secara rasional terhadap suatu alasan atau kemungkinan berkaitan sesuatu. Selalunya ia berkaitan respon atau tindakbalas terhadap suatu keadaan.
2.3 PEMIKIRAN KRITIKAL v PEMIKIRAN KREATIF
Pemikiran Kritikal
Ia adalah pertimbangan yang aktif, berterusan, dan berhati-hati terhadap kepercayaan atau dari apa yang di ketahui, Ia juga adalah dasar yang menyokong suatu kepercayaan dan kesimpulan yang dihasilkan.
Ia melibatkan analisa dan menilai pemikiran sendiri dengan orang lain. Dalam konteks pembelajaran, pemikiran kritikal dikaitan dengan:
● Memberi soalan dan mengemukakan masalah secara jelas dan
terperinci.
● Mengumpul dan menilai maklumat dan menggunakan idea untuk mentafsir
secara efektif.
● Mencapai kesimpulan yang memberi alasan dan penyelesaian dan menguji
mereka terhadap kriteria dan standard yang berkaitan.
● Mempertimbangkan secara terbuka sistem pemikiran alternatif.
● Berkomunikasi secara efektig berkaitan analisis dan mencadangkan
penyelesaian untuk memberi cabaran yang kompleks.

Pemikiran Kreatif
Ia adalah penghasilan idea baru melampaui pengetahuan yang dimiliki, menghasilkan atau melanggari peraturan yang simbolik dan prosedur yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan tingkah laku persediaan, pandangan, penilaian, penjelasan, dan komunikasi. Dalam konteks pembelajaran, pemikiran kreatif dikaitan dengan:
● Mengumpulkan idea semasa dalam susunan yang baru.
● Membangunkan kandungan atau kemungkinan baru dari sesuatu yang sudah
sedia ada.
● Menemukan atau membayangkan sesuatu yang baru.
3. PENGENALAN KEPADA MINDA
3.1 MINDA TETAP DAN MINDA MEMBINA
Menurut Carol Dweck, individu boleh dibezakan mengikut pandangan tersirat mereka di mana keupayaan itu terhasil. Ada yang percaya kejayaan mereka adalah berdasarkan kepada keupayaan dalaman, ini dikatakan mempunyai teori kepintaran yang "tetap" (pemikiran tetap).
Mereka yang percaya kejayaan mereka adalah berdasarkan memiliki pemikiran yang bertentangan, yang melibatkan kerja keras , pembelajaran , latihan dan tekad dikatakan mempunyai "pertumbuhan” atau teori "peningkatan" kepintaran.
Dalam minda tetap, pelajar percaya kebolehan asas mereka kepintaran mereka, bakat mereka, hanya suatu yang tetap. Mereka mempunyai suatu tahap tertentu dan kemudian matlamat mereka kelihatan pintar sentiasa.
Dalam minda membina, pelajar memahami bahawa bakat dan kebolehan mereka boleh dibangunkan melalui usaha, pengajaran yang baik dan ketekunan. Mereka tidak semestinya berfikir semua orang itu sama atau sesiapa sahaja boleh menjadi Einstein, tetapi mereka percaya semua orang boleh menjadi lebih bijak jika mereka berusaha dengan cara yang betul.

3.2 MINDA PRODUKTIF DAN MINDA DEFENSIF
Menurut Chris Argyris, terdapat dua corak pemikiran dalam organisasi: minda produktif dan minda defensif. Minda produktif mencari pengetahuan yang sah dan boleh diuji. Minda pemikiran produktif mencipta pilihan bermaklumat dan menjadikan alasan tidak terlindung. (Argyris, 2004).
Sebaliknya minda defensive adalah perlindungan diri sendiri dan mempamirkan pembohongan diri sendiri. Apabila pemikiran ini aktif, Manusia atau orhanisasi akan mencari maklumat yang akan melindungi diri mereka. Pembohongan boleh dilindungi apabila ia kelihatan mengancam. Minda defensive menghala kepada pembelajaran berdasarkan andaian palsu atau menghalang pembelajaran sama sekali (Argyris, 2004).

3.3 APAKAH
JENIS MINDA YANG ANDA MILIKI?
Peraturan minda yang di senaraikan “Dweck” adalah:

Peraturan
|
Minda Tetap
|
Minda Membina
|
1
|
Kelihatan
pintar
|
Belajar dan
terus belajar
|
2
|
Jangan bekerja
atau berlatih terlalu kuat
|
Bekerja dengan
minat dan kesungguhan – usaha itu tangga kejayaan.
|
3
|
Apabila
berhadapan kesukaran, jauhkan diri atau lindungi diri
|
Belajar dari
kesilapan dan baiki kelemahan.
|
4. MINDA
DAN SIKAP KEMENANGAN
4.1 BAGAIMANA MINDA
POSITIF MENJADI ASAS KEJAYAAN
Minda anda adalah asas kejayaan, kemakmuran, kekayaan dan pertumbuhan berterusan. Apabila anda membuat asas yang kukuh, seluruh proses pertumbuhan dan kejayaan berlaku dengan sempurna. Matlamat di sini adalah untuk mewujudkan minda yang positif untuk menerima syarat-syarat yang anda mahu dalam hidup.

Minda anda pada dasarnya adalah siapa diri anda. Ia terdiri
daripada fikiran, perasaan, sikap, dan kepercayaan terhadap bagaimana anda
melihat diri sendiri, orang lain, dan dunia sekeliling anda. Jika anda mahu
mengubah diri sendiri dan keadaan anda, anda perlu mempunyai minda yang positif
dan mewujudkan sikap kemenangan.
Tema asas dan rahsia alam semesta adalah segala-galanya diciptakan dari satu sumber. Ramai orang berfikir bahawa ciptaan terletak di suatu tempat di luar kehidupan dan lingkungan diri.
Ramai orang tidak menyedari bahawa penciptaan terletak dalam diri mereka dan ia di bawah kawalan mereka sepenuhnya.

4.2 BAGAIMANA MENGUBAH SIKAP?
Anda mesti terlebih dahulu mengubah kepercayaan anda.
Budha pernah berkata “Kita adalah apa yang kita fikirkan : kepercayaan yang dibentuk semasa kita membangun (membesar); dan kepercayaan itulah yang akan menentukan dunia kita.”

Satu-satunya masa anda gagal adalah waktu
terakhir anda berhenti mencuba Manusia boleh mengawal
pemikiran dalaman. Manusia tidak dapat mengawal minda mereka bukan kerana
mereka gagal, tetapi kerana mereka “tidak mahu”. Satu-satunya perbezaan di antara manusia dan segala makhluk
bernyawa yang lain adalah; “manusia boleh memilih untuk berubah.”
4.3 8 PERKARA ORANG
YANG TIDAK GEMBIRA ENGGAN TERIMA
Semua orang mengalami perasaan tidak gembira pada masa-masa
tertentu, tetapi terdapat perbezaan yang besar antara mengalami suasana tidak
gembira dengan tabiat menjalani kehidupan yang tidak gembira.
Ramai orang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka, malah ramai yang tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain. Kebanyakan orang menjalani kehidupan yang tidak gembira kerana kepercayaan dan sikap mereka.
Dua (2) rahsia utama untuk menjalani kehidupan yang gembira adalah:
1. Mengakui bahawa kehidupan bukan mengenai menang dan kalah, tetapi ia
adalah mengenai menang dan menang.
2. Mengakui bahawa kehidupan adalah mengenai “survival”.
Sebagai permulaan, anda perlu terlebih dahulu mengetahui mengenai kepercayaan dan sikap negatif yang menjadi penghalang anda untuk menjalani kehidupan yang gembira. Seperti berikut:
1. Mereka Berjuang Mendapatkan Kehormatan Diri Sendiri
● Mengharap dan meminta perhatian dan kasih sayang menjadikan anda
sentiasa merasa kekurangan.
● Mengharapkan dan meminta orang menghormati diri anda akan
menjadikan anda seorang yang tidak disukai.
● Hormat adalah suatu yang harus diberikan dan bukan untuk diminta.
2. Mereka Resah Dengan Apa Yang Orang Lain Fikirkan Terhadap
Diri Mereka
● Anda tidak boleh mengawal apa yang orang lain fikirkan.
● Berfikir mengenai apa yang orang lain fikirkan mengenai diri anda
menjadikan anda seorang yang tidak percaya kepada diri sendiri.
3. Mereka Menyimpan Dendam
● Selagi ada dendam, selagi itu anda tidak akan tenteram.
● Kegembiraan tidak boleh dicapai selagi fikiran anda tidak tenteram.

4. Mereka Tidak Melupakan Sejarah Silam
● Salah sekali tidak bermakna salah selamanya.
● Lupakan sejarah silam dan fokuskan kepada masa hadapan.
5. Rutin Kehidupan Memenjarakan Fikiran Mereka
● Cara anda bukanlah satu-satunya cara yang terbaik.
● Fikir bagaimana melakukan perkara yang sama dengan kaedah baru.
● Rutin menghalang pertumbuhan minda.
6. Mereka Tidak Dapat Mengawal Banyak Perkara
● Kehidupan itu adalah cabaran.
● Jika anda sentiasa mahu mengawal kehidupan anda dan orang lain, anda
akan kecewa kerana banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini
tidak dapat anda kawal.
● Banyak perkara gemira berlaku tanpa diduga begitu juga sebaliknya.
● Adakalanya kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata.
7. Mereka Takut Mengambil Risiko
● Kehidupan itu sendiri suatu risiko.
● Meminang calon menantu, menerima pinangan, perkahwinan,
kehamilan, melahirkan anak, membimbing anak, bekerja, berniaga,
menjalani pembedahan dan banyak perkara lagi adalah risiko.
● Tidak mengambil risiko juga adalah suatu risiko.
● Kejayaan adalah milik orang yang berani mengambil risiko.
8. Mereka Malas Berusaha
● Mereka orang tidak mahu mengaku mereka malas.
● Mereka selalu lari dari cabaran.
● Mereka memberi pelbagai alas an untuk menutupi tabiat malas mereka.
● Orang malas tidak akan berjaya.

5.
BRAINSTORMING & PROBLEM SOLVING
5.1 KUNCI DAN MATLAMAT
“BRAINSTORMING”
Ramai orang membuat tafsiran yang salah kepada “brainstorming” Ada yang beranggapan mesyuarat adalah “brainstorming”.
Kunci dan matlamat sebenar adalah:
1. Suatu proses mengeluarkan idea.
2. Tidak menyekat pengeluaran idea.
3. Semua idea diterima dan direkodkan.
4. Idea yang tidak jelas dikaji dan dibaiki.
5. Idea-idea digabungkan untuk menghasilkan idea baru.
Matlamat “brainstorming” adalah mencari idea baru untuk kemajuan.

5.2 FAKTOR UMUM
PENYUMBANG KEPADA MASALAH
Masalah tidak terjadi dengan sendirinya. Ia berlaku kerana pelbagai factor penyumbang yang selalunya terdiri dari hasil tindakan kita sendiri. Faktor penyumbang yang umum antaralainnya adalah:
1. Ketiadaan Perancangan.
● Perancangan adalah kunci kejayaan.
● Tanpa perancangan, hala tuju dan matlamat menjadi kabur.
2. Ketiadaan Latihan yang Betul.
● Kajian latihan yang diperlukan, penyediaan modul latihan yang betul,
pemilihan kaedah latihan yang bersesuaian, pemilihan tempat latihan,
pemilihan “trainer” yang bersesuaian, dan penilaian latihan adalah perlu.
3. Kelemahan Berkomunikasi.
● Berkomunikasi bukan bercakap.
● Kemahiran berkomukasi perlu dipelajari dan dilatih.
4. Kelemahan Kepimpinan.
● Pemimpin dibina dan bukan terhadi dengan sendirinya.
● Hanya pemimpin berkualiti akan menghasilkan pasukan yang berkualiti.
5. Ketiadaan Pengawasan.
● Pengawasan diperlukan untuk mengelakkan atau membetulkan kesilapan
diperingkat awal.
6. Lambat Bertindak.
● Masalah menjadi rumit jika tindakan tidak diambil secara pantas.
● Tindakan pantas mengurangkan risiko berlakunya masalah yang rumit.

5.3 MENTAFSIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH
Tafsirkan masalah secara jelas.
Tanyakan soalan berikut:
1. Apakah sebabnya yang anda lihat terdapatnya masalah?
● Adalakanya cabaran disalah tafsirkan sebagai masalah.
● Mentafsirkan masalah secara jelas dan spesifik adalah perlu.
2. Tanyakan lima (5) soalan penting.
● Apa yang berlaku?, bila ia berlaku?, bagaimana ia berlaku?, kepada
siapa ia berlaku?, dan kenapa ia berlaku?.
3. Pecahkan masalah kompleks kepada komponen kecil.
4. Kaji punca langsung dan punca asas.
5. Rawat punca asas dan perbaiki punca langsung.

"Disiplin di tempat kerja adalah bukan semata-mata mengenai
membuat undang-undang dan mengambil tindakan;
Ia adalah mengenai berada bersama, bekerja bersama dan berjaya bersama"
- Faudzil Harun -
"Hanya orang bermotivasi tinggi akan berminat
untuk melihat kualiti dalam kerja mereka "
- Faudzil Harun -
“Keupayaan adalah kebolehan anda melakukan, Motivasi menentukan apa yang anda lakukan, Sikap menentukan sebaik mana anda lakukan”
- Lou Holtz -
“Kejayaan bermula dengan Kepercayaan yang Betul”
- Faudzil Harun -
“Selamat Maju Jaya”

No comments:
Post a Comment