ADUN Pandamaran Eric Tan hari ini menuntut polis
Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwanya gagal bertindak dalam
dua kes membabitkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di
tempat kejadian.
Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh
memberitahu sidang media bahawa pekerjanya memberitahu bahawa tiga orang
pegawai polis bertugas berhampiran lokasi kemalangan gagal bertindak apabila
sekumpulan individu menyerangnya.
Kejadian kedua pula membabitkan Muhammad Hadi Yeop Baharuddin yang
mendakwa beliau diserang oleh lapan orang pelumba motosikal haram selepas
melanggar salah seorang daripada anggota kumpulan itu dengan keretanya.
No comments:
Post a Comment