Bernama Media
SANDAKAN, 6 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki bersama nota bertulis
'tidak tahan tekanan kerja' ditemui di tingkat lima tempat letak kereta di salah
sebuah bangunan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat Chang Fui Leong,
45, dijumpai pada pukul 2.50 pagi dan siasatan lanjut mendapati mangsa
dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan.
Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut
mendapati mangsa yang berjalan seorang diri ke tingkat 10 tidak menunjukkan
detik-detik ketika mangsa bertindak terjun.
Pemeriksaan menemui sekeping nota dalam tulisan Cina pada poket seluar
mangsa berbunyi "Saya tidak tahan tekanan kerja, saya bunuh diri, tolong hubungi
kawan saya dan adik saya," kata Rowell.
Menurut Rowell mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini
untuk bedah siasat dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
PPAG HG RS
08/06/2014 21-04ST
No comments:
Post a Comment