Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

11 September 2014

DALAM NEGARA - Benarkah berbilion wang 1MDB disimpan di Pulau Cayman?





Berbilion wang 1MDB disimpan di Pulau Cayman? 

Kenapa?




Dr M bangkitkan soalan mengenai 1MDB


The Malaysian Insider


Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan persoalan tentang hutang yang tinggi dan penggunaan dana di 1MDB dalam kritikan pertamanya terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu, inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menulis di dalam blognya semalam, bekas perdana menteri itu berkata 1MDB membelanjakan berbilion ringgit membeli stesen janakuasa dari Genting dan Ananda Krishnan dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.
Beliau juga mengeluh kerana 1MDB banyak berhutang. Terdapat laporan ia kini berhutang kira-kira RM38 bilion selepas hanya 5 tahun beroperasi sebagai dana kekayaan negara.
"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan negara. Ia dihutang. Berbilion ringgit dihutang, yang menambah hutang negara dengan amat tinggi," tulisnya.
Dr Mahathir yang sebelum ini mengisytiharkan menarik balik sokongannya terhadap Najib berkata, negara ini menghadapi defisit dalam bajetnya setiap tahun, mana mungkin ia mampu membantu 1MDB menyelesaikan hutangnya.
Beliau juga menyentuh tentang "berbilion dollar diurus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean".
Kritik mengatakan tiada ketelusan dalam cara bagaimana wang itu dibawa keluar ke Pulau Cayman dan dianggarkan sekurang-kurangnya RM18 bilion wang 1MDB diletakkan di sebuah akaun di sana.
1MDB ialah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Bhd. – 11 September, 2014.


No comments: