Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

11 September 2014

DALAM NEGARA - Lima tikaman di dada






Harian Metro

Alor Gajah: Seorang siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Lendu, di sini nekad menumbuk dan bergelut dengan penjenayah yang menceroboh bilik tidurnya sebelum dia ditikam lima kali di dada dengan senjata tajam hingga cedera parah.
Kejadian berlaku jam 5 pagi semalam ketika mangsa Siti Irina Redhuan, 20, tidur di bilik pangsapuri yang disewa bersama empat rakan di Taman Dimensi, di sini.
Sejurus kejadian, rakan serumah Siti Irina, Maizura Zainal Abidin, 20, yang tidur di bilik berasingan dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik dengan kuat sebelum melihat mangsa berlumuran darah.
Dalam keadaan lemah, dia memberitahu ada seseorang menceroboh masuk ke dalam bilik tidurnya dan sempat menumbuk muka lelaki itu hingga berlaku pergelutan.
Dalam pergelutan itu, dia ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam,” kata Maizura ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.


No comments: