Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

26 September 2014

MALAYSIA - Orang Asli di Malaysia





Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas


Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi merujuk kewujudan orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain.

  • Semang (atau Negrito), biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
  • Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung.
  • Proto-Malay (atau Melayu Asli), menetap di wilayah selatan semenanjung.

Terdapat Muzium Orang Asli yang dibina bagi memberi penerangan dan pengetahuan umum tentang kewujudan dan kebudayaan Orang Asli di Malaysia. Misalnya Muzium Orang Asli Gombak, kira-kira 25 km ke utara Kuala Lumpur. Muzium Orang Asli yang lain juga boleh ditemukan beberapa tempat dalam Malaysia.

Kini di Malaysia, tangungjawab mengurus tanah adat, kemajuan, kebajikan dan hal ehwal Orang Asli diletakkan dibawahJabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu terdapat usaha bersepadu oleh jabatan kerajaan yang lain untuk mengintegrasi orang asli dan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka mendapat pekerjaan.[2] Usaha ini dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Pencapaian orang-orang asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan program-program seumpamanya. [3] Terdapat juga Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia yang bertujuan bagi membentuk sebuah pertubuhan lepasan institusi pengajian tinggi dikalangan Orang Asli.

Selain itu terdapat juga Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang membantu memperjuangkan kepentingan orang-orang asli di Malaysia.[4]

Orang Asli Malaysia
اورڠ اصلي مليسيا
Orang Asli in Malaysia.jpg
Orang Asli (di Cameron Highlands) bermain seruling hidung..
Jumlah penduduk
149,512[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
Bahasa
Bahasa Orang Asli (Bahasa Austroasiatik)
Bahasa Melayu Asli (Bahasa Austronesia)
Agama
Animism, Kristian, Islam, Hindu, Buddha
Kelompok etnik berkaitan
Semang, Senoi, dan Melayu Proto

Taburan

Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama; iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu.

Pecahan utama

Negrito

Senoi

Melayu Proto

Orang Asli mengikut negeri

  1. Orang Asli di Negeri Terengganu
  2. Orang Asli di Negeri Selangor
  3. Orang Asli di Negeri Perak
  4. Orang Asli di Negeri Perlis
  5. Orang Asli di Negeri Pahang
  6. Orang Asli di Negeri Pulau Pinang
  7. Orang Asli di Negeri Melaka
  8. Orang Asli di Negeri Kelantan
  9. Orang Asli di Negeri Kedah
  10. Orang Asli di Negeri Johor
  11. Orang Asli di Negeri Perak
  12. Orang Asli di Negeri Sembilan
  13. Bumiputra di Sabah
  14. Bumiputra di Sarawak

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Malaysia


No comments: