Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

4 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Apa itu Latihan?

Oleh Faudzil Harun 















Memahami Latihan dan Pembangunan

Kemahiran merancang program latihan dan pembangunan modal insan asset utama pengamal sumber manusia. Program latihan bertujuan menyelesaikan atau mengurangkan masalah prestasi pekerja, maka menentukan latihan yang betul dan efektif adalah perlu.

Kaedah menilai keberkesanan program latihan juga menjadi penting kerana program latihan yang tidak memberi kesan hanya akan menghabiskan banyak masa ramai orang.

Mempelajari subjek latihan seperti menghadiri program “Train the Trainer” menjadi keperluan bagi pengamal sumber manusia dan pekerja lain yang terlibat dengan pengendalian latihan dalaman.


















Apa itu Latihan?

Secara umumnya latihan adalah aktiviti yang di rancang dan di anjurkan bagi mempelajari teknologi dan kaedah dalam pembangunan tingkah laku, membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran secara sistematik supaua seseorang itu memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas pada standard yang ditentukan.


Mengapa Latihan?

Setiap benda atau perkara berubah setiap saat secara global, Kita harus respon kepada perubahan teknologi dan methodologi kerana pembangunan organisasi bergantung sepenuhnya kepada orang-orang di sekelilingnya. Kita harus mempelajari kemahiran baru dan membangunkan keupauyaan untuk kekal berdaya saing


Apakah Matlamat Latihan?

Untuk meningkatkan pasukan dengan cara menggunakan secara maximum prestasi ahlinya secara efisyen.



Jenis Latihan
Secara amnya terdapat 2 jenis latihan : latihan formal dan tidak formal.



Kategori Latihan


Latihan Induksi
Aktiviti yang membolehkan pengguna mempelajari dan menggunakan prosedur, proses, standard, sistem dan peralatan yang baru termasuk suasana, dokumen dan komunikasi.

Latihan Tingkah Laku
Aktiviti berkaitan latihan asas pembangunan sikap minda positif yang melibatkan penyampaian berunsur dorongan.

Latihan Pembinaan Pengetahuan
Aktiviti pembelajaran yang melibatkan pemberian dan penerimaan informasi baru atau yang dikemaskini berkaitan teknik, kaedah, perundangan dan hal-hal lain yang perlu.

Latihan Kemahiran
Aktiviti yang melibatkan pembelajaran "hard skill" dan "soft skill" bertujuan meningkatkan kreativiti dan prestasi kerja.

Latihan Pengurusan
Aktiviti yang melibatkan pembelajaran dan latihan berkaitan pembangunan organisasi menerusi pengurusan orang, sistem, risiko dan perancangan strategi.

No comments: