Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

4 June 2013

P SUMBER MANUSIA - 9 Prinsip Pembelajaran Dewasa

Oleh Faudzil Harun 
















Prinsip berikut merupakan himpunan menerusi pelbagai sumber, yang mana kebanyakkannya adalah hasil pengalaman saya sendiri :

1.   Pembelajaran dewasa mempunyai ego.
     
  Mereka hadir dengan kompetensi, pengetahuan dan pengalaman yang 
          luas.
     
  Mereka juga mempunyai pandangan tersendiri dalam pelbagai perkara.

2.   Pemindahan pelajaran dewasa bukan otomatik, dan perlu di bantu.
     
  Tunjuk ajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari kepada aktiviti 
          harian diperlukan.

3.   Pembelajaran dewasa lebih efektif dalam suasana yang tidak mengugat 
      seperti :
      ●  Penilaian bergred (“Graded assessment”)
      ●  Penghakiman semasa pembelajaran (“Judgment during learning”)
      ●  Aktiviti yang mendesak jawapan yang betul/tepat
      ●  Takut membuat kesilapan

4.   Orang dewasa mengemari program latihan  yang menggabungkan teori, 
      perbincangan, kajian kes dan praktikal.

5.   Orang dewasa akan memberi komitmen kepada pembelajaran yang 

      mempunyai kaitan dengan kerja mereka.

6.   Orang dewasa menghargai pembelajaran yang membolehkan mereka terus
      menggunakan hasil pembelajaran dalam tugas harian.

7.   Orang dewasa gemar kepada pembelajaran yang mengaitkan idea baru 

      dengan apa yang telah mereka ketahui.

8.   Pembelajaran dewasa menjadi seronok apabila tafsiran dan penyampaian 

      mereka diterima dan dihormati.

9.   Orang dewasa belajar dengan lebih cepat menerusi aktiviti kumplan kecil 

      di mana mereka berkongsi, respon dan merumuskan pengalaman 
      pembelajaran mereka.


No comments: