Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

4 June 2013

P SUMBER MANUSIA - 6 Cara Menjadikan Latihan Berhasil

Oleh Faudzil Harun 














Terlalu kerap kita mendengar pengurus dan penyelia tidak memberi perhatian kepada pembelajaran berterusan bagi diri mereka sendiri dan bagi pekerja-pekerja. Sering kali kesibukkan kerja/operasi menjadi alasan yang mereka berikan.

Pada hakikatnya, pembelajaran berterusan, latihan yang betul, bimbingan, tunjuk ajar, komunikasi berkesan, kemahiran pengurusan, sokongan dan dorongan secara tetap dan berterusan merupakan keperluan asas bagi setiap orang dalam dunia yang sentiasa berubah dengan pantas dan sangat mendesak.

Sering juga pengurus dan penyelia yang tidak memahami latihan akan menyalahkan "trainer" dan pekerja dengan kenyataan "latihan tidak berkesan atau tiadaan perubahan selepas menghadiri latihan". Pengurus dan penyelia seperti ini sebenarnya cuba menyalahkan orang lain sebagai kaedah menutupi kelemahan dirinya sendiri.

Berikut adalah cara-cara anda boleh menjadikan latihan berhasil :


1.  Berikan Kepada Pekerja Informasi Apa Latihan Yang Akan Disertai
     
●  Sebelum tarikh latihan (seawal mungkin), terangkan kepada pekerja apa 
        yang diharapkan dari mereka dalam sesi latihan yang akan disertai. 
     ●  Mendapat info awal boleh membantu pekerja membuat semakan 
        berkaitan subjek yang akan disertai. 
     ●  Adakalanya info awal dapat mengurangkan kegugupan.


2.   Jadikan Menghadiri Latihan Sebagai Tanggungjawab Penting
      
●  Majikan hendaklah menjadikan memberi latihan dan menghadiri latihan 
         sebagai tanggungjawab penting pengurus dan pekerja. 
      ●  Pengurus harus terlibat dalam pembelajaran pekerja pada peringkat 
         sebelum dan selepas latihan. Memberikan latihan pra-latihan boleh 
         membantu pekerja menjadi lebih bersedia menghadiri latihan.


3.   Latih Pengurus an Penyelia Terlebih Dahulu (Latihan Yang Terpilih)
      
●  Pengurus dan penyelia yang telah menghadiri latihan yang sama akan 
         menjadi peka dan berupaya mempamerkan contoh kepada perubahan 
         pemikiran dan respon hasil dari menghadiri latihan.


4.   Latih Pengurus dan Penyelia Peranan Mereka Dalam Proses Latihan
      
●  Penyelia secara purata jarang mendapat pengalaman latihan yang 
         berkesan sepanjang kerjaya mereka apatah lagi pendedahan berkaitan 
         proses pembelajaran. Dengan memahami proses pembelajaran dewasa, 
         pengurus dan penyelia akan memiliki keupayaan membantu pekerja 
         memindahkan hasil pembelajaran kepada kerja harian.
      ●  Mempercayai atau membuat andaian bahawa pengurus dan penyelia 
         tahu apa itu proses pembelajaran dewasa, apa itu latihan, bagaimana 
         menilaian keberkesanan pembelajaran adalah “kesalahan umum” yang 
         perlu diperbetulkan.


5.   Jangan Jadikan Kesibukkan Sebagai Alasan Tidak Menyokong 

      Pembelajaran
      
●  Pengurus dan penyelia yang tidak melihat pembelajaran berterusan 
         sebagai komponen penting dalam produktiviti akan sering menjadikan 
         kesibukkan sebagai alasan untuk menyekat usaha dan peluang 
         pembelajaran pekerja. Pengurus dan penyelia seperti ini selalunya 
         merupakan seorang ketua yang lemah dalam perancangan.


6.   Jadikan Pembelajaran Berterusan Sebagai Kelebihan Dalam Kerjaya
      
●  Bangunkan sistem yang memberi tumpuan serius kepada pembelajaran 
         berterusan.
      ●  Sistem Mata Program Pembelajaran Berterusan - “Continuous Education 
         Program” (CEP) Point telah menjadikan banyak kerjaya lebih berkesan. 
         Jadikan “CEP Point” sebagai salah satu kriteria untuk :

      -
 Kenaikkan gaji tahunan
      -
 Kelayakkan bonus
      -
 Kelayakkan kenaikkan pangkat
      -
 Kelayakkan ganjaran-ganjaran lain 



No comments: