Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

4 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Pengenalan Kepada Pengurusan Prestasi

Oleh Faudzil Harun 

















Pengurusan prestasi adalah suatu proses sistematik melibatkan warga kerja sebagai seorang individu dan ahli pasukan dalam meningkatkan keberkesanan ohanisasi dalam mencapai misi dan matlamat.

Menguruskan Prestasi Secara Efektif
Dalam organisasi yang efektif, pengurus dan pekerja selalunya mengamalkan pengurusan prestasi sebagai sebahagian dari aktiviti rutin sepanjang kerjaya mereka. Selalunya standard ditetapkan dan semua perkerja diharapkan mencapainya.

Perhatian serius perlu diberikan kepada “apa yang perlu dilakukan” untuk mencapai standard tersebut? 

Mengharap semata-mata tidak akan berhasil tanpa usaha yang betul.

Pengurusan prestasi pekerja merangkumi :

    1.  Perancangan kerja dan apa yang diharapkan.
    2.  Pengawasan prestasi secara berterusan.
    3.  Pembangunan kapasiti untuk “perform”.
    4.  Penilaian prestasi.
    5.  Memberi Ganjaran kepada prestasi baik.


1.  Perancangan
     ●  Rancang kerja lebih awal.
     ●  Tentukan prestasi individu dan pasukan yang diharapkan.
     ●  Libatkan pekerja dalam perancangan agar mereka memahami 
         matlamat yang perlu dicapai dan apa yang perlu dilakukan dan 
         bagaimana ia perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
     ●  Tentukan jadual latihan, tunjuk ajar jadual kerja dan pengawasan 
         yang perlu.

2.  Pengawasan
     ●  Perlaksanaan tugas perlu diawasi secara tetap dan berterusan.
     ●  Pengawasan yang baik bermakna prestasi dinilai secara konsisten dan 
         maklum balas diberikan secara berterusan perihal kemajuan mencapai 
         matlamat.
     ●  Berkomunikasi dengan pekerja secara tetap.
     ●  Keperluan bantuan dan sokongan dapat dikesan secara tetap.
     ●  Kesilapan diperbetulkan dengan pantas.

3.  Pembangunan
     ●  Kelemahan (kemahiran, proses dan sokongan) dikenalpasti semasa 
         pengawasan.
     ●  Keperluan pembangunan dinilai dan diterjemahkan.
     ●  Pembangunan bermakna meningkatkan kapasiti untuk melaksanakan 
         menerusi latihan, tunjuk ajar berkaitan kemahiran, tanggungjawab, 
         proses dan kaedah.
     ●  Memberi sokongan dan dorongan secara berterusan.

4.  Penilaian
     ●  Penilaian prestasi individu dan pasukan perlu dilakukan secara 
         berterusan.
     ●  Penilaian dapat mengenalpasti pekerja yang mempamerkan prestasi 
         baik.
     ●  Penilaian harus dilakukan berdasarkan standard yang ditetapkan.
     ●  Prestasi pasukan harus diasingkan dari prestasi individu.
     ●  Hasil penilai perlu direkodkan.

5.  Memberi Ganjaran
     ●  Memberi ganjaran bermakna prestasi baik pekerja diberi pengiktirafan.
     ●  Pengiktirafan boleh diberikan kepada penjanaan idea dan perlaksanaan 
         kerja.
     ●  Pengiktirafan individu dan pasukan perlu diasingkan.
     ●  Pengiktirafan tidak harus ditangguhkan.
     ●  Meraikan pencapaian baik pasukan boleh menjadi dorongan yang sangat 
         berkesan.





Prinsip dasar pengurusan prestasi adalah
usaha dan tindakan yang betul
akan memberikan ganjaran yang betul.
- Faudzil Harun -



No comments: