Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Notis Tanya-Siasat Dalaman

Oleh Faudzil Harun 
















Maklumat Penting Dalam Notis

Notis tanya siasat dalaman haruslah meliputi :

1.  Tuduhan terhadap pekerja.
2.  Tarikh, masa dan lokasi sesi tanya siasat dalaman.
3.  Hak pekerja untuk membawa saksi.
4.  Hak pekerja untuk di wakili pegawai kesatuan sekerja.
5.  Sesi Tanya siasat dalaman akan di jalankan jika pekerja tidak hadir tanpa alasan
     yang munasabah (‘exparte’)


In Koperasi Belia Maju Jayas (M) Bhd v Muthu V, I/C Award 97/94, the court held that : “A days notice had been held to be in violation of the rules of natural justice.”


Tuduhan dan Tahap Tuduhan Terhadap Pekerja

Majikan perlu berhati-hati dalam membuat tuduhan terhadap pekerja. Beberapa garis panduan telah di berikan dalam kes Mohd Zambri b Md Noor and Tai Kit Lim v Syarikat Dunlop Malaysian Industries Bhd, I/C Award 14/76 :

(a)  “Domestic inquiry bermula sebaik surat pertuduhan (charge sheet) kepada pekerja
       di keluarkan.

(b)  Pekerja perlu di maklumkan tuduhan ke atasnya sebelum majikan menjalankan sesi
       tanya siasat dalam.

(c)  Majikan tidak boleh mengadakan tanya siasat dalaman di atas alasan lain selain dari
       tuduhan dalam “charge sheet”.


Contoh Tuduhan Yang Samar :

1.  Keengganan menurut arahan orang atasan.
     ● Apa kah arahan itu?
     ● Siapa yang memberi arahan?
     ● Bgaimana arahan itu di berikan?

2.  Anda di dapati telah membuat tuntutan palsu untuk kerja lebih masa.
     ● Bila tuntutan itu di buat?
     ● Berapa jumlah jam?
     ● Siapa yang mengisi borang tuntutan?

3.  Anda menggunakan bahasa biadap terhadap pengurus operasi.
     ● Apakah bahasa yang di gunakan?
     ● Bilakah kejadian itu?
     ● Siapa yang mendengar?
    


Hak Pekerja

1.  Mengetahui tuduhan yang di buat ke atasnya.
2.  Tarikh, masa dan lokasi salahlaku.
3.  Tempoh yang munasabah untuk menghadiri sesi tanya siasat dalaman.
4.  Di berikan peluang mendapatkan dokumen yang di perlukan.
5.  Di berikan peluang menyoal dan mencabar tuduhan ke atasnya.
6.  Di berikan peluang untuk menyoal pegawai pendakwa dan saksi majikan.
7.  Meminta penagguhan sesi tanya siasat dalaman bagi mendapatkan bantuan kesatuan 

     sekerja.


No comments: