Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Gantung Kerja Bagi Tujuan Siasatan

Oleh Faudzil Harun 
















Gantung Kerja Bagi Tujuan Siasatan

S14 (2) Akta Kerja 1955
Majikan, untuk tujuan siasatan kes di bawah suseksyen (1) boleh menggantung kerja pekerja yang sedang di siasat untuk tempoh tidak melebihi 2 minggu dengan separuh gaji untuk tempoh penggantungan tersebut.

Jika hasil siasatan mendapati apa-apa kesalahan bagi pihak pekerja, majikan hendaklah membayar kepada pekerja separuh upah yang tertahan itu dengan serta merta.

  

Notis Gantung Kerja

Notis penggantungan harus menjelaskan :

  Pekerja tidak di benarkan bekerja dengan majikan lain sepanjang tempoh
    penggangtungan.
 Pekerja yang menetap di kediaman yang di sediakan majikan haruslah berada
    dipersekitaran kediaman tersebut dalam waktu bekerja sepanjang tempoh
    penggantungan.
 Pekerja di larang dari memasuki tempat kerja atau berkeliaran di persekitaran
    tempat kerja sepanjang tempoh penggantungan.



Lanjutan Tempoh Gantung Kerja

Sekiranya perlu, majikan bolehlah menyambung tempoh penggantungan selama 1 hingga 2 minggu tetapi harus membayar gaji penuh kepeda pekerja.



No comments: