Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

8 October 2013

RAWAT HATI - Manusia adalah Manusia









MANUSIA ADALAH MANUSIA

Oleh Faudzil Harun

●  Semua Manusia wujud dan bernafas kerana Tuhan yang izinkan

●  Semua Manusia akan merasai gembira dan duka

●  Semua Manusia hidup, sakit dan mati kerana Tuhan yang tentukan

●  Semua Manusia tidak perlu dimuliakan oleh Manusia lain

●  Ramai Manusia di gelar Duli Yang Maha Mulia sedangkan Yang Maha Mulia
    itu hanya Tuhan

●  Ramai Manusia digelar Tuan Yang Teramat Mulia sedangkan Yang Teramat
    Mulia itu hanya Tuhan

●  Ramai Manusia digelar Pembesar sedangkan mereka kerdil dimata Tuhan

●  Ramai Manusia digelar Yang Arif sedangkan hanya Tuhan yang Maha Arif

●  Ramai Manusia digelar Wira Perkasa sedangkan hanya Tuhan yang Amat
    Perkasa

●  Rami Manusia digelar Bos kerana Tuhan adalah satu-satunya Bos kepada
    semua Manusia

●  Ramai Manusia ANGKUH sedangkan nyawa yang dimilikinya dipinjamkan
    oleh Tuhan

●  Ramai Manusia TAMAK dengan wang dan harta sedangkan Tuhan adalah
    pemiliki alam semesta ini

●  Ramai Manusia MENZALAMI orang lain sedangkan Tuhan tidak pernah
    menzalami Manusia

●  Ramai Manusia MEMBENCI orang lain sedang Tuhan tidak pernah benci
    kepadanya Manusia ciptaannya

●  Ramai Manusia MEMFITNAH orang lain sedangkan Tuhan tidak pernah
    memfitnah Manusia

●  Ramai Manusia LUPA siapa diri mereka, lupa nyawa yang mereka pinjam
    dari Tuhan

●  Ramai Manusia lupa mereka hidup hanya sekali

●  Ramai Manusia lupa mereka akan MATI

●  Manusia hidup dan mati hanya kerana izin dan kehendak Tuhan Yang Satu

No comments: