Harian Metro
Kuala Lumpur: Lelaki yang memilih untuk bernikah di negara jiran terutama
menggunakan khidmat sindiket perlu bersedia berdepan pelbagai risiko termasuk wanita
pilihannya itu mungkin berstatus isteri kepada lebih daripada seorang lelaki.
Pengerusi Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya yang mengendalikan kes berkaitan dengan undang-undang syariah menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi lelaki yang bernikah di negara jiran.
Ada satu kes, lelaki berumur 38 tahun terkejut apabila mendapati isteri yang baru dua hari dinikahinya berada bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik ketika dia cuba membuat kunjungan mengejut. Apabila disiasat, lelaki itu rupa-rupanya suami wanita berusia 21 tahun yang dikahwininya itu.
Malah, wanita itu mempunyai enam lagi suami dan mengakui dia berkahwin semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah daripada semua 'suami-suaminya' itu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan muka depan Harian Metro Jumaat lalu mengenai semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.
Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai 'nikah siri'.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, pernikahan dengan gadis dari negara jiran yang tidak diketahui latar belakang keluarga dan keturunan oleh lelaki Malaysia kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa.
Ada kes yang diterima SukaGuam, kegembiraan suami hanya bertahan selama empat atau lima bulan sebelum tembelang isteri mulai terbongkar sedikit demi sedikit menyebabkan suami terpaksa berdepan tekanan emosi sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.
Tidak salah jika mahu memperisterikan gadis asing, tetapi seelok-eloknya kenalilah bakal isteri sedalam-dalamnya terutamanya latar belakang keluarga dan menuruti perkahwinan yang mematuhi rukun serta mengikut saluran undang-undang di negara ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment