SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem peredaran darah merupakan satu sistem yang penting
dalam badan manusia. Fungsinya ialah untuk membawa oksigen, tenaga dan bahan
nutrien ke seluruh bahagian badan. Pada masa yang sama, bahan buangan
metabolisme dibawa keluar melalui sistem peredaran tersebut.
Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung,
arteri, kapilari dan vena. Jantung merupakan pusat tenaga bagi peredaran darah.
Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah mengalir ke seluruh bahagian
badan. Arteri ialah salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar darah
dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Vena ialah salur darah yang bertanggung
jawab untuk menghantar balik semula darah yang terkumpul ke jantung. Kapilari
ialah salur darah halus yang menyambungkan mikro-arteri dan mikro-vena.
Kapilari tersebut didapati di seluruh bahagian badan dan merupakan tempat di
mana pertukaran nutrien dan oksigen berlaku.
2.
Penyakit Yang Berkaitan dengan Sistem Peredaran
Penyakit boleh berlaku pada mana-mana bahagian
sistem peredaran dan mengganggu perfungsian normal seluruh sistem tersebut.
Penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah termasuk penyakit
jantung, tekanan darah tinggi, pembekuan darah, kegagalan fungsi pada
mikro-peredaran dan sebagainya. Jika tidak dirawati, penyakit-penyakit tersebut
akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan infarksi miokardial (kematian otot
jantung), strok, buta, malah boleh membawa maut.
3.
Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari adalah singkatan bagi penyakit jantung
aterosklerosis koronari, di mana ini adalah umum antara golongan dewasa dan
tua. Arteri Koronari merupakan salur darah yang membekalkan darah kepada
jantung. Jika terdapat pengumpalan lemak di bahagian bawah intima salur darah
tersebut, saluran tersebut akan menjadi sempit; pengumpalan lemak yang lebih
banyak akan menjadi kaviti saluran tersebut semakin sempit. Ini akan menghalang
kadar pengaliran darah pada bahagian intra-vaskular. Fungsi darah ialah membawa
oksigen, jika permintaan oksigen meningkat atau kadar pengaliran darah menurun
kepada suatu takat tertentu, ia akan menyebabkan anoksida miokardial(kekurangan
oksigen pada otot jantung) dan mengganggu kerja harian. Oleh itu, Penyakit
Jantung Koronari (CHD) juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (IHD).
Sejak kebelakangan ini, kejadian CHD semakin meningkat di seluruh dunia.
4. Pembentukan Aterosklerosis
Aterosklerosis merupakan suatu penyakit yang berkembang
dengan perlahan. Ia menyerang arteri besar dan arteri sederhana. Bahagian
intima pada salur darah yang normal adalah licin. Perubahan patologikal awal
ialah pembentukan bintik atau jejalur kuning pada deposit lemak pada bahagian
bawah intima. Jika deposit lemak ini berkembang, ia akan membentuk plak
ateroma dalam kaviti karina. Bahagian tengah plak ateroma dibentuk daripada
sel ameboid, sel buih dan kolesterol. Pembentukan mungkin pecah dan
seterusnya membentuk trombus dan bahagian tengah plak akan mengalir keluar,
seterusnya menyebabkan kaviti saluran arteri semakin sempit.
5. Kesan Aterosklerosis |
Pada peringkat awal, plak ateroma boleh hilang
dengan sendiri. Kesan utama aterosklerosis ialah unjuran ateroma atau trombus
akan menyempitkan saluran arteri dan menjadikan tersumbat. Apabila arteri
koronari menjadi letih, arterilisasi miokardia akan berkurangan dan anoksia
miokardial atau nekrosis akan berlaku menyebabkan angina pektoris atau infarksi
miokardia. Aterosklerosis bahagian otak akan menyebabkan kekurangan bekalan
darah kepada otak, seterusnya menyebabkan rasa pening, sakit kepala dan bagi pesakit
yang serius akan menghadapi “encephalatrophy” dan ciri-ciri yang dialami oleh
golongan tua (anile). Trombus yang terdapat di dalam arteri serebal (otak) akan
menyebabkan semiplegia; nefro-aterosklerosis akan menyebabkan iskemia pada
bahagian ginjal dan mengakibatkan tekanan darah tinggi pada renal.
Aterosklerosis usus akan menyebabkan sakit perut selepas makan. Aterosklerosis
di bahagian kaki pula akan menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki semasa
berjalan dan bagi pesakit yang serius, hujung jari kaki akan menjadi nekrotik
(mati).
6. Kemerosotan Plak Aterosklerosis
Pada peringkat awal aterosklerosis, plak mungkin
boleh merosot dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, pada peringkat lebih
serius, umumnya plak tersebut tidak akan hilang dengan sendirinya. Oleh itu,
pencegahan merupakan “rawatan” aterosklerosis yang paling berkesan.
7. Hiperlipidemia
Jika kepekatan kolesterol di dalam darah melebihi
5.72 mmol/L, kepekatan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) melebihi
3.64mmol/L, atau kepekatan trigliserida melebihi 1.7mmol/L, ia boleh dikatakan
sebagai Hiperlipidemia.
8. Apakah yang menyebabkan Hiperlipidemia
Hiperlipidemia adalah disebabkan oleh pengambilan
lemak haiwan atau kolesterol yang terlalu tinggi. Jika kalori di dalam makanan
yang diambil melebihi daripada keperluan badan, kalori berlebihan akan disimpan
dalam tisu lipid dalam bentuk trigliserida dan menjadi lemak, seterusnya
menyebabkan kandungan lemak dalam darah meningkat. Bagi mereka yang kurang
bersenam, kolesterol dan trigliserida darah dalam badannya lebih tinggi
berbanding dengan orang yang selalu bersenam. Tambahan lagi, bagi orang yang
sentiasa berada dalam keadaan tertekan, merokok, berfikir terlalu banyak juga
akan meningkatkan kandungan lipid dalam darah.
Kadang-kala, kandungan lipid yang tinggi
berkaitan dengan warisan dan ciri-cirinya ialah; peningkatan lipid secara
abnormal dalam darah dan mendapat penyakit jantung koronari pada umur yang
muda. Terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan peningkatan paras lipid
dalam darah. Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) boleh menyingkirkan
kolesterol yang berlebihan dalam darah dan tisu, ia juga boleh menyerap
kolesterol pada plak yang terlekat di dinding arteri. Salah satu faktor penting
yang menyebabkan penyakit jantung koronari ialah paras HDL yang rendah dalam
badan. Lipoprotein berketumpatan rendah membawa kebanyakan kolesterol di dalam
darah. LDL yang berlebihan mengakibatkan pengumpalan kolesterol pada dinding
arteri dan membentuk plak ateroma.
9. Paras Lipid dalam darah dan Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari berkait rapat dengan
kepekatan kolesterol dalam darah. Komposisi diet mempengaruhi kepekatan
kolesterol. Contohnya, kadar kejadian penyakit jantung koronari adalah rendah
di kalangan orang Jepun. Walau bagaimanapun, ia meningkat pada kebanyakan orang
Jepun yang bertempat di USA. Sebab utama ialah perbezaan komposisi diet mereka,
menyebabkan kepekatan kolesterol yang tinggi dalam darah dan kejadian CHD
meningkat.
10. Merokok dan Penyakit Jantung Koronari
Kajian terhadap penyakit epidemik telah
membuktikan bahawa merokok meningkatkan tahap bahaya menghidapi infraksi
miokardial dan kematian jantung secara mengejut. Terutamanya pada golongan yang
kolesterol darahnya melebihi 180mg%, kejadian penyakit jantung koronari
meningkat di kalangan perokok yang menghisap lebih daripada 40 batang rokok
setiap hari. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru,
penyakit pneumokardial dan penyakit salur darah perifenal. Sampai sekarang,
masih tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan bahawa kepekatan tar dan
nikotina tembakau yang rendah boleh mengurangkan peluang menghidapi penyakit
jantung koronari. Merokok boleh menyebabkan penyakit jantung koronari kerana
tembakau boleh mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), sebaliknya,
meningkatkan kandungan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida.
Pada masa yang sama, merokok menyekat pengaliran dan penggunaan oksigen, dan
meningkatkan penggunaan oksigen oleh otot jantung. Setelah berhenti merokok,
dalam masa setahun, kejadian penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50%;
dalam masa 5-10 tahun, kadar mungkin mencapai tahap yang sama dengan orang yang
tidak merokok. Keadaan pesakit jantung koronari boleh menjadi teruk dan
mendapat angina pektoris jika mereka masih merokok. Merokok merupakan tabiat
yang buruk. Bagi orang yang tidak merokok tetapi berada dalam sebuah bilik
penuh dengan asap rokok, ketumpatan CO (karbon monoksida) dan nikotina dalam
darahnya akan meningkat. Ini dikenali sebagai perokok pasif. Merokok merupakan
salah satu faktor yang paling merbahaya menyebabkan penyakit jantung koronari
di dunia. Tetapi, sesetengah kajian mengatakan bahawa tiada perbezaan kadar
penyakit jantung koronari antara perokok dengan bukan perokok. Kami mengesyorkan
kepada orang yang merokok supaya mengambil Tasly Kapsul Danshen Plus untuk
suatu jangka masa yang panjang. Ini merupakan satu kaedah berkesan bagi mereka
yang berisiko tinggi menghidapi penyakit jantung koronari.
11. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Tekanan
Darah Tinggi
Siasatan umum di China menunjukkan bahawa 75%
pesakit jantung koronari juga merupakan pesakit tekanan darah tinggi. Manakala,
kejadian penyakit jantung koronari dalam kumpulan yang tekanan darahnya
melebihi 160/95mmHg adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada orang biasa.
Tambahan pula, tekanan arteri meningkat bagi pesakit tekanan darah tinggi, ini
juga boleh mencederakan dinding vaskular dan mempercepatkan proses
aterosklerosis. Untuk mencegah aterosklerosis, adalah penting untuk mengawal
tekanan darah tinggi.
12. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Obesiti
Kejadian penyakit jantung koronari adalah 5 kali
ganda lebih tinggi bagi orang yang obesiti. Obesiti merujuk kepada orang yang
berat badannya lebih daripada 120% mengikut standard. Berat badan (kg) yang
standard sama dengan ketinggian (cm) ditolak 105. Obesiti disebabkan oleh
pelbagai faktor. Ramai penyelidik bersetuju di mana penyebab utama adalah
terlalu tingginya kandungan kalori dalam makanan dan kekurangan senaman.
Warisan atau keturunan juga merupakan satu faktor kepada obesiti. Orang yang
obesiti biasanya juga mempunyai paras lipid darah yang tinggi, tekanan darah
tinggi dan toleransi-gula yang rendah, dimana semua ini akan menyebabkan aterosklerosis.
Senaman dan diet yang sihat merupakan cara yang baik untuk mengurangkan berat
badan.
13. Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?
Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.
14. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Penyakit
Kencing Manis (Diabetes)
Diabetes boleh meningkatkan kejadian penyakit
jantung koronari. Di antara orang yang rendah toleransi-gula, kadar kejadian
penyakit jantung koronari pada lelaki adalah satu kali ganda lebih manakala
bagi perempuan adalah 3-4 kali ganda lebih. Jika ditambah pula dengan tekanan
darah tinggi, kadar kejadian penyakit jantung koronari akan meningkat dengan
nyata. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan kadar kejadian penyakit jantung
koronari tinggi di kalangan pesakit diabetes, tetapi sebab yang utama ialah lipodistrofi,
iaitu peningkatan paras trigliserida dan kolesterol. Dianogsis awal diabetes
dan rawatan yang berkesan dapat mengawal atau mencegah penyakit jantung
koronari, Danshen Plus berkesan terhadap diabetes dan yang paling penting ialah
ia dapat melindungi saluran darah dan saraf.
15. Angina Pektoris
Pengaliran darah arteri koronari bagi orang yang normal
boleh meningkat atau menurun bergantung kepada aktiviti fizikal yang berat
ataupun ringan. Pengaliran darah dalam arteri koronari adalah 6-7 kali ganda
lebih tinggi semasa aktiviti fizikal berbanding dengan keadaan berehat.
Apabila sebahagian daripada arteri koronari menjadi sempit disebabkan oleh
plak ateroma, pengaliran darah di bahagian ini menjadi terhad. Jika bahagian
yang sempit ini kurang daripada 50% daripada seluruh saluran darah, ia masih
boleh membekalkan keperluan oksigen kepada otok kardiak semasa melakukan
aktiviti fizikal. Jika bahagian sempit melebihi 75% semasa aktiviti fizikal
yang hebat, pengaliran darah tidak dapat memenuhi peningkatan keperluan
oksigen oleh otot kardiak dan miokardial anoksia berlaku dengan
kesakitan. Terdapat korelasi positif antara intensiti aktiviti fizikal
yang menyebabkan angina pektoris dengan penyempitan kaviti (stricture)
tersebut.
|
Sekiranya angio-spasme (kekebasan saluran darah)
berlaku bersama plak, 'stricture' akan bertambah teruk dan pengaliran darah di
dalam arteri menjadi perlahan buat sementara. Ini boleh menyebabkan angina
pektoris pada tahap malar (rehat). Intensiti yang menyebabkan angina pektoris
boleh menjadi tinggi atau rendah. Kadang-kala aktiviti-aktiviti yang perlahan
seperti stimulasi sejuk pada waktu pagi juga boleh menyebabkan angina
pektoris.Secara ringkas, angina pektoris ialah satu simptom bagi miokardial
anoksida yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak dapat memenuhi
keperluan metabolisme otot jantung.
16. Rasa sakit apakah di bahagian dada merupakan tanda Angina Pektoris?
Angina pektoris adalah suatu rasa yang subjektif. Jika kesakitan terasa
di bahagian belakang tulang dada, atau kesakitan ketat di sebelah kiri dada dan
merebak ke bahagian kiri leher dan bahu atau kesakitan dalaman pada lengan kiri
selama 5-10 minit, dan jika kesakitan ini disebabkan dengan aktiviti fizikal,
stimulasi sejuk atau makan terlalu banyak, selalunya berlaku pada waktu pagi,
dan akan hilang setelah berhenti aktiviti tersebut, kemungkinan berlaku angina
pektoris adalah lebih daripada 90%. Tetapi doktor tidak boleh membuat diagnosis
apa yang diperkatakan oleh pesakit, jika tidak, akan membuat diagnosis yang
salah. Adalah tidak boleh dikatakan seseorang itu mengidap penyakit jantung
koronari sehinngga dibuktikan terdapat miokardial iskemia, atau penyempitan
arteri koronari. Berdasarkan bukti yang objektif mengenai miokardial iskemia,
diagnosis untuk CHD boleh dibuat bagi kes yang tidak tipikal.
17. Mengapakah angina pektoris selalu muncul bersama hiperfagia
(mengambil terlalu banyak makanan)
Untuk menghadam makanan berlebihan, usus perlu menggeliang-geliut lebih
dan merembeskan lebih banyak jus penghadaman, ini memerlukan peningkatan
bekalan darah kepada saluran gastrointestinal, maka jantung perlu meningkatkan
pengeluaran kardiak dan penggunaan oksigen oleh otot kardiak juga akan
meningkat. Pada masa ini, jika masih makan banyak makanan yang berlemak tinggi,
lipid dalam darah dan kelikatan darah akan meningkat. Ini memudahkan
pembentukan mikro-trombus yang akan menyebabkan angina pektoris.
18. Infarksi Miokardial
Infarksi miokardial merujuk kepada penghalangan pengaliran darah dalam arteri
koronari yang tidak normal. Bekalan darah berkurangan dengan banyak menyebabkan
miokardial iskemia yang serius, akhirnya membawa kepada nekrosis iskemia pada
miokardium (lapisan dinding jantung yang sederhana tebal dan paling tebal yang
terdiri daripada otot jantung).
19. Penyebab infarksi miokardial
Dalam kebanyakan kes, infarksi miokardial adalah disebabkan oleh bekuan
darah dalam arteri koronari. Pembentukan bekuan darah adalah disebabkan oleh
aterosklerosis. Infarksi miokardial mempunyai subjenis yang berlainan
berasaskan sebab yang nyata, ciri-ciri patologi, ciri ECG, dan simptom-simptom
klinikal. Setiap subjenis infarksi miokardial mempunyai ciri-ciri khusus yang
nyata, tambahan kepada simptom umumnya.
20. Simptom yang biasa terdapat pada infarksi miokardial
Pesakit dengan infarksi miokardial selalunya menghadapi kesakitan yang
teruk dan berterusan pada belakang tulang dada. Simptom lain termasuk demam,
sel darah putih berlebihan; bacaan ECG yang tidak normal menandakan kerosakan
miokardial akut, iskemia dan nekrosis pada otot jantung. Kadang-kala juga
menghadapi denyutan jantung yang tidak normal, kejutan atau kegagalan jantung
berfungsi. Oleh itu, infarksi miokardial merupakan penyakit jantung koronari
yang serius.
21. Ciri-ciri infarksi miokardial pada orang tua
Infarksi miokardial pada orang tua selalunya berlaku tanpa kesakitan
yang nyata pada bahagian dada, malah tiada rasa sakit langsung. Sebaliknya,
mereka sentiasa berasa sesak pada dada, palpitasi, sesak nafas atau tekanan
darah rendah, berpeluh sejuk, kesejukan pada tangan dan kaki. Kadang-kala
berasa tidak senang pada bahagian tengah badan, sakit, rasa loya, bersama
dengan simptom seperti sakit tekak, bahu, belakang badan dan nyanyuk. Jika
seseorang tua itu mempunyai salah satu simptom atau lebih seperti yang disebut
di atas, mereka harus berhati-hati kerana kemungkinan besar akan mendapat
infarksi miokardial.
No comments:
Post a Comment