Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

5 February 2014

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - PKNS langgar Akta Pekerja tamatkan 23 staf kontrak






PKNS langgar Akta Pekerja tamatkan 23 staf kontrak

 | February 5, 2014
Tindakan PKNS bersifat kunta kinte dengan meletakkan orang, kemudian mengkhianatinya tetapi bila ditanya tak tahu.
SHAH ALAM: Tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menamatkan kontrak perkhidmatan pekerjanya secara serta-merta dianggap melanggar Akta Kerja 1955.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah Sani berkata, PKNS melanggar Seksyen 12 apabila gagal mematuhi kerangka dasar yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat pekerja.
“Perbuatan ini salah di sisi undang-undang. Kalau nak buat pemberhentian atau skim berhenti-paksa (VSS) kena ada kerangka dasar.
“Majikan kena panggil pekerja maklumkan apa kerangka kamu, kemudian langkah penjimatan dan nyatakan kerugian syarikat kalau ada, baru pemberhentian itu ikut undang-undang,” katanya ketika ditemui di luar pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di sini hari ini.
Beliau sebelum itu bersama 23 pekerja PKNS termasuk beberapa Ketua Jabatan yang ditamatkan kontrak hadir mendapatkan nasihat daripada Jabatan Penerangan Kerja mengenai saluran dan tindakan undang-undang yang boleh diambil selepas diberhentikan kerja.
Menurutnya, Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa mengesahkan sama ada wujud kes prima facie bagi membolehkan kes didengar di Mahkamah Industri.
Abdullah turut mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihatnya menunjukkan sikap lepas tangan tidak membela pekerja bawahan.
“Takkan tiada orang nasihat dia (Khalid)? Kalau dia boleh buat pada kumpulan ia boleh berlaku pada sesiapa saja.
“Tuntutan mereka jelas, mereka dianiaya.
“Saya yakin dan percaya mereka dikhianati dan akhirnya diperalatkan untuk kepentingan diri dan saya tak boleh berkompormi.
“Tindakan PKNS yang diterajui Menteri Besar bersifat kunta kinte dengan meletakkan orang kemudian mengkhianatinya tetapi bila ditanya tak tahu.
“Mana mungkin tak tahu kalau dia yang melaksanakan dasar ini.
“Kalau dia buat dia kena bertanggungjawab. Khalid wajib ditukar ganti,” katanya.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) semalam memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.
Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Norazlina Zakaria.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com

No comments: